Semut

weekend hari tu. hari ahad kot.
aku masuk bilik air nak mandi.
terkujat aku nengok seperti dibawah.
tak nampak? jap zoom.

hah nampak?
semut semut bertebaran uolls.
tapi yang pasti takde semut kerengga mau pun semut merah apatah lagi semut api.
semua pun semut hitam.

geli kan? rasa cam meremang bulu roma, bulu mata dan bulu kaki.
terus aku jerit-jerit panggil encik z.
ngada kan. nampak semut pun nak jerit-jerit panggil laki.
koserrrr tau.
walhal dulu ko nampak lipan, relax je ko hentak ngan penyapu.

encik z pun datanglah terkocoh kocoh ingatkan apa lah kan.
rupanya semut jer. sib baiklah dia tak hanjengkan aku kat situ.
tapi dah kata ridsect ke, aerosol ke, baygon ke semua takde kat rumah.
jadinya encik z guna pendekatan ‘pembesar suara’ untuk halau semut tu semua.
seolah olah cam semut tu berkata lariiii lariii lariiii… ada raksaksa mengganggu penempatan kita’
begitu.

lepas disiasat, rupanya ada lubang kat bawah paip air nie.
kami saspek di situlah markas tempat mereka beroperasi.
awassss ko semut kalau muncul lagi di bilik air kami.

10 Comments

Comments are closed.