Sehalf Day Bersama Adik Beradik Tiri

bagi new readers, jangan ko ingat adik beradik tiri aku nie adik beradik tiri yang sebenar yo.
aku bagi ungkapan nama adik beradik tiri sebab kami nie rapat dah macam adik beradik.
tapi ada limitation privacy so jadik la adik beradik tiri. gitu…

di satu hari yang hening kami sudah berjanji janji ngamik half day.
motipp adalah kerana kaktin berstatus jiwa kacau.
so harus keluar untuk menghiburkan hati yang gundah gulana.
kami ke berjaya times square.

sebab semua pun memasing perut melapar, so kita makan lu.
sebulat suara memilih shabu shabu. makan steamboat yo.

up ngan nasi goreng bawang putih.
uishhh setappp ko. walaupun cam simple jer.
tapi perchayalah, setapp…

usai makan, terus ke agenda kedua.
main bowling. obviously aku dipaksa rela la kan main bowling nie.
buat pengetahuan ko yang taktau, aku memang tak minat main bowling nie.
walaupun orang keliling aku semua cam cinta mati ngan bowling, tapi aku tatappp tak minat.
tapi bagi menghiburkan hati kaktin yang gundah gulana, aku layan jugak la…

kaktin memulakan balingan yang pertama.

aku plak balingan yang kedua.
nak jugak bola pink tu kan.
tapi ujung-ujung aku tukar bola hijau. bola 9 kot.

cengginilah rupa romannya orang yang tak minat, tak reti dan tak koserr main bowling. campak campak je bola tu.
janji dia meleret sampai ke ujung sudehh..

payiet membuat balingan yang ketiga.

kitorang main 2 games.
score waktu 1st game tu ada masak elah sikit so tak sempat mau snap gambar.
tapi guess what, aku dapat nombor 2 okkk… kalahkan payiet.
la la la la la la… jangan pandang ku sebelah mata..
hanya kerana ku mayah sopiah… :p

2nd game plak, aku dapat nombor 2 jugak.
tapi ini kali aku kalahkan kaktin pulak.
hang kata hang terror…pi raaaa…. kui kui kui….
so kesimpulannya, aku rasa main bowling nie tatappp bergantung pada nasib nasib…
tak gitu adik beradik tetiri ku??? hiksss…

S tu aku yer. S stands for SOPI. shorten of SOPIAH. boleh?
kalau nak tau, kaktin ngan payiet panggil aku SOPI. instead of MYA.

agenda seterusnya, mau karaoke.
tapi full house ko… so beralih arah nonton movie.
sebab kekangan masa dan tak banyak movie yang boleh dipilih, so terpaksa la layan jangan pandang belakang congkak 2 nie.
haisyoooo filem apakah ini?
MEMBOSANKAN. TITIK.

sekian sehalf day bersama adik beradik tetiri ku yang sengal.
kalau bran, jom repeat la bowling tu… amacam??

8 thoughts on “Sehalf Day Bersama Adik Beradik Tiri

  1. saja jer kaktin nk kasi kau up up sikit…
    lagian 78 tu mmg kaktin suka, tahun kaktin dilahirkan gitu *alasan*…jom jom bran jerrrr….

Comments are closed.