Bersetap setap di Paradise Palace

ini punya cerita aku pun tara ingat bila daaa…
godek godek gambar dalam handphone.. hah ada gambar-gambar nie.
so macam kerugian jika tidak mengupdate.
jadi mari aku update. dan mari kita membaca bersama-sama..

hari jumaat. gi lunch kat sogo ngan naza & hasinah.
aterrr memasing dah tercampak department lain-lain.
so lunch time je la waktu berjumpa-jumpaan untuk update each other.
masing-masing tekak nak makan makanan thailand.
so ke paradise palace kita.

set A – RM80. untuk 2 orang katanya.
tapi aku yakin lagi pasti. pasti cukup untuk mengisi tembolok kami bertiga.

diberi air sparkling ini. sparkling anggur kot. ermm..
eh sebelum tu, semua gambar disnap pakai handphone cap ayam aku.
jadi ko pikirrr la sendiri kualiti gambarnya yer.
ok teruskan.

pembuka selera. popiah.
ok rasa popiah. bukan rasa kuih ketayap mahu pun kuih kapit.
ok tak kelakar. teruskan.

ada 5 lauk semuanya yer anak-anak.
daging. tak tau masak apa. goreng kot. setapp..
aku kan pencinta daging. daging nie tak liat.
sedap dikunyah begitu saja. ewah.

pastu sayur kailan. pun setapp.
dan sambal udang. pun setapp jugak.

kemudian ada tomyam campur.  setap.
ikan apa ntah. masak stim. setap juga.
eh apa nie semua nya setap.

kitorang bertiga pun setap jugak tau. ek eh…
ok kesimpulannya makanan kat sini. set A. semua adalah setap setap belaka.
makan 3 orang. sorang contribute RM30 termasuk tax.
kira ok la kan kan kan…
so sapa nak belanja aku nie? gagagagaga…

ok dah tu jer. boi.