Menonton Harry Porter

dimulakan dengan wajah aku yang sebesar rumah.
berangan menjadi dato siti nurhaliza.
chet. ingat ko pakai serkup kayak gitu, ko leh transform jadi siti nurhaliza?
dah beli mahal-mahal ko, kena la pakai.
selekeh ke, buruk ke, lantakkan sana.. la la la la…

hari sabtu keluar ngan kak as & sarah.
gi nonton harry potter and the deathly hallows part 1 kat pavilion.
kak as ada 5 tickets, tu yang dia bermurah hati ajak aku.
encik z namo ikut, tak berminat.
so adalah 2 extra tickets nak didermakan.

sampai je kat gsc tu, kitorang try la approach orang nak bagi tickets tu.
ada satu couple tu menolak. katanya taktau lagi nak tengok cerita apa.
lagi satu couple gay, (pepandai aku je kan) kata dah ada tickets.
hah yang last couple nie, si awek cam tercengang cengang terbangang bangang banyak soklan tanya.
yang si balak nya cam takut takut nak tanya berapa harga kak as nak tolak.
bila aku kata free of charge je yang oii..
terus cam bersinar sinar muka dia cakap terima kasih, terima kasih.

lama eh cerita harry potter nie.. 2 jam 10 minit.
tapi memang syiokkkk… layannn….
dan paling best adalah pemandangan yang indah indah.
kat gunung, dalam hutan, salji, kat laut. lawa lawa!

sebelum nie aku tak layan pun harry potter nie, tapi pernah gak la tertengok.
tapi tak semua ah.
tu pasal aku agak kebangangan bila sebut nama-nama watak dalam ini pilem.
tapi kesimpulannya, adalah best dan tak sabar mau tunggu part 2 piula.

usai nonton, teruslah pulang ke destinasi masing-masing.
tq kak as sebab belanja nonton harry potter ini.
tq jugak sebab belanja pop corn dan coke.
nanti kalau ada free tickets, panjang panjangkanlah pada saya lagi eh. hehe..

4 thoughts on “Menonton Harry Porter

Comments are closed.