Mancongkam

masih cerita pasal nasi ayam.
kalau tadi nasi ayam gemas. ini kali nasi ayam mancongkam plak.
kejadian nie berlaku sebelum aku beli serkup kepala dato’ siti nurhaliza tuh.
encik z la dok kata ada kawan dia promote nasi ayam mancongkam nie.
sementelaah kat gombak je pun, so pergi lah kami.
pelbagai jenis nasi ayam dijual.

masa nie aku sakit kepala nyit nyit nyut nyut.
so order air teh o halia.
mana tau keajaiban berulang macam hari tu.
tapi teh o halia kat sini kurang umphhh la.
kurang pekat. separuh je aku minum. huhu…

nasi ayamnya? ermmm… biasa biasa jer bagi aku..
takdelah sedap sampai aku nak mintak resepi atau pun nak jadikan owner kedai tu bapak angkat aku. wah matiklah statement..
tapi kata tekak maknosia mana sama kan…
mana tau aku jer rasa biasa.
ko rasa luar biasa ke kan…
so kalau nak tau, sila cuba sendiri yer.
ada kedai kat gombak. kat shah alam pun ada.

bagi aku, presentation nasi ayam memainkan peranan penting oh.
ko tak sepatutnya campur salad ngan ayam.
campur ngan kicap dan juga timun.
sebab semua tu bila campur dah takde uniknya.

hamboii hamboiiii ke main laser ko kritik nasi ayam orang, ko tu pandai ker masak nasi ayam normaya? heeee… tak pandai…
tapi hari tu dah amik resepi dari kak ejan.
korang tunggu la, sok sok aku dah haibatt masak nasi ayam, harus aku menciwi.. heh.

22 thoughts on “Mancongkam

  1. eh eh, dekat je ng umah in law i..
    selalu pegi sini..
    nasik boleh tahan jugak
    dulu masa kedai kecik, kedai dia bawah pokok,
    lagi hebat ko tahu?
    harga pon murah lagi.. skang dah mahal lor..
    tapi ayam garing die setaaaap hokey

  2. bukan ler haku nak kondemkan kedai nih tapi aku rasa makanan ngan rege x sama padan ar…. aku berat ati nak masuk kedai nih tapi en. suami haku suke nau makan kat kedai nih… hehheheh

    lalu tanpa segan silu… haku ada lah repeat 7 – 8 kali kedai nih… btw, milo tabur dorang sodap baitu!!!!!

Comments are closed.