Lamanya Tak Masak

lama gila oh aku tak memasak secara haibatnya di dapur.
semenjak dua menjak aku galak berdiet nih, memang malam jarang dah makan nasi.
encik z pun cam okay jer aku tak masak.
jadi nya balik kerja terus gi kedai cari makan.
kira-kira by kul 7 malam dah makan.
so kuranglah potensi lemak nak berkumpul.
kata kau……

weekend hari tu, rasa cam nak masuk dapur.
so masuk.
tanya encik z nak makan apa. knowing him, apa-apa je lah.
kang aku masak pedal, hati, kerang ko tak makan plak.
so please be specific. eh specific ke specify?
kaktin, sila jawab.

lepas pikir punya pikir, so dia request mau makan udang sambal.
pastu dia yang beli sayur kobis tu. lagi senang baitu lah nak masak.
semua stok main campak-campak.
tapi aku up jugak dengan telur dadar n ikan masin.
makan ngan kicap. nasi panas-panas.
sedap jugak aku masak ek. tehtehtehteh…

ingat weekend nie nak masak lagi lah.
lagi piula kelmarin raya haji dapat daging korban agak membanyak la dari persatuan penduduk jasmine nie.
so nantikan resepi daging masak ala mayah sopiah nanti eh.
nyehhh…

6 thoughts on “Lamanya Tak Masak

Comments are closed.