Laju Berdesup Desup Zap Zup Zap

hari tu gi nonton filem unstoppable kat mbo ampang.
lama gila dah nie. ada 2,3 minggu kot.
review cerita nie kat entry lain eh. sekalian ngan filem hisss aku nonton.
filem hindustan bercakap bahasa inggeris.
nie lagi la bapak lamanya. mau sebulan lepas kot.
lantak ah.

lepas nonton gi makan kat restoran timor place.
sekentut je dari mbo nun. sebaris dengan wong solo.
2nd time aku makan sini. ntah nie pun encik z yang ajak.
kalau ikut aku, namo ah. bukan sedap nauu pun.

antara hidangannya kat gambar bawah nie.
aku amik nasi goreng special timor place.
encik z makan nasi goreng USA kot.

tapi tak sia sia oh datang makan sini.
sebab boleh guna wifi dia yang bapak haihhh melaju.
zap zup zap zup berdesuppppp wa cakap lu.
aku siap boleh nonton youtube sambil makan. gerekkkk habiss…

youtube lewat semesta randy pangalila nie pun aku ulang tayang sampai lapanploh kali. ok ketara nau penipuannya kan.  lapan kali ada kot.
tapi memang best ah. takde tersekat sekat ke hapa.
facebook, twitter, semua pun melaju zap zup zap…

see… sambil makan minum, sambil layan youtube.
tu aku minum teh o halia tu.
aku sekarang dah haibattt tau minum teh o halia.
takyah nak selang seli ngan air masak lagi dah.
zap zup zap aku minum. ko boleh? *sambil buat muka kerek

8 thoughts on “Laju Berdesup Desup Zap Zup Zap

Comments are closed.