Kerja di Royale Chulan

nie kejadian minggu lepas.
first time oh kena kerja sampai kena tidur kat hotel segala.
memula boss aku tanya, mya ok ker nak tidur hotel nie.
nanti encik z macam mana.

terus aku cam ahh..pandai lah encik z tu nak hidup.
tugas lebih penting apa.

wah kan… walaupun sebenarnya ko menggelitis nak tidur kat hotel.
eekkekeke..
so hari selasa lepas office, encik z hantar ke royale chulan sana.
super duper lawa oh royale chulan nie.

naik bilik, tukar baju.
terus join yang lain membanting tulang buat kerja itu ini.
pastu ramai-ramai dinner.
borak borak gelak gelak.
best ah dorang nie. semua kepala sengal gila-gila.
masuk tidur kul 12 tengah malam gitu.

pastu besoknya seawal minit pertama dah bangun.
dan seawal jam 7.30pagi dah start bekerja keras membanting tulang.
pukul 9 pagi dah ramai participant yang datang untuk registration.
dari director membawa ke very very very important person.

syiok jer aku layan tengok muka sorang sorang.
dato, tan sri, YM, semua ada.
aku dok sebelah hakim. sambil-sambil kerja sambil sambil kitorang gossip.
‘macam nie ke dato? tak macam dato’ pun?’ siott je si hakim.
sebab ada sorang tu cam very simple je..

tapi yang paling best kan, sorang VVIP nie diri depan aku, hakim ngan fikri.
pastu dia cakap. eh dia cakap apa ek.. lupa plak.
tapi cam dia kata kehadiran memberangsangkan gitu la.
memang memberangsangkan oh.. penuh….
pastu dia senyum. pastu dia hulur tangan. salam kitorang.
eieiei suka lahhhh…. walaupun dia seorang dato’, tapi senyuman dan teguran dia tu cam takde pun membezakan dia orang ada-ada ngan kami orang kebanyakan ini.
dan beliau ialah presiden & ceo maybank.
korang mesti tau sapa kan…
we love you dato’ 🙂

lunch time. dapat makan makanan setappp…
tapi sebab aku duduk dengan lelaki lelaki semua, diorang ko tau je la.
mesti makan kuat.
so tak dapat aku makan secara tamak. heh.

para VVVIPs sedang menjamu selera.
tempat makan royale chulan nie layan ah.
sebab bumbung atas dia terbuka.
so seolah olah cam makan outdoor gitu.
dan lagi kawasan dia luas terbentang.
takdelah nanti bau makanan melekat kat baju rambut ko segala.

sambil sambil bekerja, sambil sambil berfoto.
tapi aku tak keluarkan kamera sangat pun.
membz oh..
so ini amik dari cameraman profesional sajorkk..

with abang lin aka dato’ K versi bnm.

with kak as & sharil.
yes korang. aku sekarang bekerja untuk kak as.
kalau ko dah lama baca blog aku, harus ko tau kak as nie sapa kan.
kami sama-sama bekerjaya di company lama aku dulu.
kemudian beliau naik pangkat.
lalu aku pun menyibuk nak ikut dia. he he he…

antara barisan para secretariat.

demikianlah kisahnya.
(tak tau dah nak ending macam mana huhuuu)