Di Putrajaya

hari sabtu dari pukul 12 tengah hari sampai ke pukul 8 malam aku ada kat area putrajaya.
mula-mula encik z drop aku kat rumah ernie.
encik z ada urusan sekitar putrajaya jugak, sedang molek lah aku ikut.

sempat ernie masakkan mee goreng daging.
so sambil makan sambil borak-borak gitu gini.
luahan perasaan emosi kitorang seperti biasalah.
nur ain shah dok merengek rengek, so kasi layan dia sambil nonton sukan asia.
pastu tukar channel ulangan cinta kirana plak.

dari rumah ernie, aku ngan encik z gi alamanda.
takde la apa apa tujuan pun. dah alang alang sampai situ, so haruslah jalan jalan cuci mata.
ada jualan buku MPH. diskaun up to 20%.
sementelaah aku ada voucher RM20 MPH, so mari kita habiskan di sini.
tapi sebab banyak sangat buku best best, jadi rambang mata sampai taktau nak beli yang mana satu!

sudahnya mintak tolong encik z pilihkan.
satu dia beli untuk aku. satu untuk yaya.
obviously yang belah kiri tu adalah untuk aku. nyehh…

pastu jalan jalan dalam parkson.
SCS ada diskaun jugak. up to 70% huhuuuu…
end up beli blouse yang muslimah ini.
harga asal RM69 tinggal RM29 sahaja.
sukerrr 🙂

jalan jalan lagi. sampai kat vincci.
sales 50% plak. aduhhhh napa banyak tul sales nie…
tak menahan, nampak straps heel kaler silver nie.
duh. nak nak nakkkk… lepas diskaun tinggal RM39.50.
encik z bagi green light, so terus sambar.

lepas penat jalan-jalan dan bershopping lite lite, stop makan kat A & W.
dan kemudian baru pulang ke rumah.
sabtu yang indah bersama teman & suami.
ku bahagia 🙂

12 thoughts on “Di Putrajaya

  1. kak…baju akak tu sama dgn kite…
    cuma kite color hijau, akak purple…
    muslimah la kite bersama2 hehee

Comments are closed.