Breakfast RM4.20

first week aku kerja kat department baru, dah dikerah overtime oh.
tapi aku tak merungut. aku suka jer.. boleh claim OT ko. so masyukk masyukk..
tehehhee…

hari sabtu, seawal minit pertama dah bangun.
kejut encik z sebab mau ber breakfast pastu dia drop aku ke office.
sebulat suara breakfast kat downtown coffee & tea kat rampai business park.
sebab tengok iklan terbentang luas.
RM4.20 set breakfast nya.

gatal jugak nak belek menu walaupun dah tau memang nak amik set breakfast itu.
muka ada mewarok di pagi hari.
dan juga di petang hari. juga di malam hari.
pendek kata nya warok di mana mana.

aku pakai tshirt nike baru. memula cam taknak sebab warna biru.
tapi kena cucuk baikk punya dengan naza, so beli gagagagaga.

encik z amik set nasi lemak. ngan kopi o.
aku amik set bubur nasi. sadis gila oh bubur nasi dia.
at least ko tabur la sikit ikan bilis goreng ke, kacang ke, bawang goreng ke..
ini bubur nasi ngan ayam sikit dicarik carik.
dah rupa makanan orang sakit pun yer.

tapi kata pun RM4.20 kan…
berpasrah lah di situ.

8 thoughts on “Breakfast RM4.20

Comments are closed.