Beli Tudung Kemudian Makan Nasi Ayam

lagi cerita pasal nasi ayam.
tapi ini kali nama nasi ayamnya ialah nasi ayam segera.
kekdahnya di satu hari yang permai, lunch time.
kaktin ajak gi ariani sana.
beliau mau membeli tudung.
so ke sana lah kami.

malangnya takde tudung ariani yang lawa tapi murah.
yang lawa banyak tapi memahal.
so bertukar haluan kami.
ke butik hajaba pulak.

tudung. sehelai RM35. 3 helai RM90.
kaktin mau amik 2 helai tudung.
so dipaksa rela aku amik sehelai.
amik dengan syarat aku hutang dulu ngan dia.
so on. aku amik kaler purple.
kat awning tu ada penyek jugak.
budak salesgirl tu kata boleh iron.
tapi sampai sudah aku tak iron lagi. huhuhuu..

lepas membeli tudung, aku ngan kaktin zass ke nasi ayam segera tu tadi lah.
memang segera oh. tak sampai 5 minit siapppp…
harga pun sedap jugak.
murah dan pantas. memang takde ruang orang nak maki la..

gerai nasi ayam nie letaknya kat jalan TAR eh anak-anak.
berdepan dengan maybank.

lepas membeli tudung dan makan nasi ayam segera, kami pun berjalan kaki piulang semula ke office.
sekian adanya.

2 thoughts on “Beli Tudung Kemudian Makan Nasi Ayam

Comments are closed.