Blog Maya Dot Com

Beg Sudah Bersangkut

hari ahad pepagi bangun ajak encik z keluar breakfast.
ntah tetiba cena boleh terfikir nak makan nasi lemak tanglin.
so usulkan cadangan. diterima sebulat suara oleh sang suami.
mandi manda. terus zasss ke taman tasik perdana sana.
sampai sana kul 11 pagi. dah kira brunch la kan.

nasi lemak satuuuuuu….
letak limpa & telur!
sambal dia biasa biasa jer.
tapi limpa nya. perghhhhh… begini!!!
sedap gila oh..

dari taman tasik perdana kitorang ingat nak gi mydin kat subang jaya nun.
tapi pusing punya pusing punya pusing harammmmmm nan ado berjumpa.
nampak signboard 10minit ke mydin pusing ke kanan.
dah on GPS bagai. habis minyak jer dok pusing pusing.

pastu tengok la mydin terdekat dari situ.
katanya kat jalan ara kiri bangsar.
so ke sana lah kami. pun harammmmm…
sambil memaki sesama sendiri.
you reach your destination. pandang kiri kanan takde pun bangunan bertajuk mydin. sadisss…

on the way balik, singgah kat kedai perabot.
aku dah lama nak beli tempat sangkut sangkut beg tu.
jumpa yang OK. lepas diskaun dapat RM55. so kautt..
sampai rumah encik z terus pasang tanpa perlu dipaksa paksa.

sekelip mata sudah siap.
ini lah benda alah nya. aku taktau orang panggil apa.
sebab aku nak sangkut beg, sebab tu aku panggil tempat sangkut beg.
begitu.

lepas siap pasang, kami laki bini ngadap TV.
nonton filem tamil. cerita kali nie best tau.
takde banyak adegan nyanyi nyanyi tukar baju bergolek bercinta.
sebab cerita nie mengisahkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
dan kepercayaan orang India tentang kelahiran semula.
seriyus. cerita adalah best walaupun hero & heroine tak meletup.

dah habis cerita tamil nie, baru aku start masuk dapur.
masak simple simple jugak.
udang goreng kunyit, tauhu goreng, taugeh tumis air.
sambal belacan. siap.

dan inilah rupa paras romannya tempat sangkut beg tu.
so takdelah bersepah sana sini dah beg aku.
wah statement beg ko stok melambak melambak je kan.
walhal. adooooo….

    14 thoughts on “Beg Sudah Bersangkut

    1. yatie

      Mya.. FYI hero tamil tu org Malaysia sbnarnya.. Org perak lagi.. tapi lepas dapat berlakon kt Bollywood terus lupa diri.. tak ngaku umat Malaysia .. patut buang negara jer dia tu…

    2. Nur

      ooo..benda alah nie yg dicarinya..kat opis ai semua bilik officer ada benda sangkut2 nie..sbb utama untuk mengantung jubah2 untuk masuk court yang labuh mengurai2 tuh..