Antara Yang Hadir…

selain kaktini yang gambar nya tidak disnap bersama aku, berikut ialah antara hadirin dan hadirat yang sudi menghadirkan diri ke majlis hari jadi yaya kecil-kecilan itu..

amy aka sweetdarling.
hadirin pertama yang sampai. tq babe!

juga ceera sekeluarga.
ciput cakap ngan aku ‘takde signboard eh apartment nie mya’
aku jawab  ‘haaa tu la kitorang tengah nak kumpul duit nak pasang pintu gerbang nie’
memang sadiss apartment aku nie.
kira kalau ko sesat barat memang aku tak marah ko la.
sahih takde signboard. eh ada tu memang ada tapi belah depan ke jalanraya sana. yang takde jalan masuk pun. cena?

masa nie kaklong, MIL ceera ngan leena tengah rancak sok sek berborak pasal MAS. sebab nya kan si jeppa husband leena pun cabin crew MAS.
kaklong pun jua. so berborak lah mereka.

aku plak kidnep si keisha.
mata nya asyik la membuntang pandang kiri kanan.
tapi baik budaknya. tak meragam pun.
sebelum tu mama udah kidnep keisha masuk dalam bilik.
pun senyap je dia dok tengok tv.

pastu shida dan anak-anak.
orang dekat pun sampai lambat kaaa???
takpe, better late than never. kan makcik?

comel je si shidot nie pakai pink.
orang dah semulajadi cantik, pakai kaler apa pun cantik.
shidot, aku panggil ko ‘SHIDA CANTIK’ nak tak?
ek eh.. tak boleh la. nanti kata ko tiru orang plak kan.
lagi pun ko jauuuuuuuuuuuuuuuuh lagi cantik dari si dot dot tuh.

tengah bergossip dengan makcik shidot.
si shida nie kan, mulut dia memang melahar sikit.
kata orang melaka kan.
tapi melahar di mulut lebih molek dari melahar secara diam.
ko stok stok baik, ayu, cantik, pakai tudung.
tapi belakang orang, ko punya perangai. perghhhh….

baik jadi macam aku ngan shidot nie.
nampak menggarang, melaser, melahar dan menghanjeng.
tapi kurang kurang kitorang tak hipokrit dengan feel feel ayu manja depan orang.
hok hok hokkkk…
aku ngan shida dah melalui memacam pahit getir waktu bergelar ibu tunggal dulu.
so setakat mulut mulut puaka yang kononnya kata tau rahsia hitam kitorang dulu, rentikan ler yeop..
takut cakap cakap ko tu makan diri sendiri jer.
dah terbukti. kan?

lagi hadirin dan hadirat yang memeriahkan  majlis ialah kakred aka redmummy.
terkunjat gak aku masa dia muncul.
sebab malam sebelum tu dia sudah sms kata mungkin dia tak dapat hadir.
tup tup muncul. harus mak gembira.
redmummy datang rumah mak nokss.. ko ado?

dan tetamu terakhir ialah ernie.
kental dia drive dari putrajaya sana dengan nurin & nur’ain.
nie lagi sorang yang memang aku respek bangat.
pengalaman hidup dia yang pelbagai onak ranjau duri dah menjadikan dia seorang yang betul-betul cekal.
me love u my friend..

berangan pakai prada nih.
aku kalau jumpa kakred, selalu gebek handbag dia.
tak mampu nak pakai handbag cam dia, dapat pinjam berangan pun jadiklah.. heeee…

yaya, caca & nurin tengah enjoy main enjit enjit semut sapa sakit naik atas.
tapi kelakar sebab caca tak reti main.
dicubitnya tangan sendiri. cena caca?
tapi so comel lah mereka mereka ini.

last but not least, mereka bertiga.
semoga persahabatan diorang nie berkekalan sehingga dewasa.
mudah-mudahan.
namo gaduh gaduh eh anak-anak.
cukup lah mak apak jer bergaduh yang motip ntah apa-apa.

untuk semua para hadirin dan hadirat yang sudi memeriahkan majlis,
terima kasih bangat eh…
sorry aku tak dapat nak invite ramai-ramai.
al maklumlah rumah aku yang ala sarang burung merpati nie.
jemput ramai ramai, kang runtuh pulak rumah hamba.

insyaAllah ada rezeki lain sok, boleh kot aku nak buat makan-makan.. 🙂

4 thoughts on “Antara Yang Hadir…

Comments are closed.