Anna oh Anna

hari tu aku dapat komen dari seseorang yang menamakan diri dia Anna.
alamat email dia annamay@yahoo.com.
tapi email tu tipu. aku dah try email dah. tapi bounce.

nie plak IP address dia 118.100.235.110
area-area KL sini. berdasarkan IP tu lah.
taktau la kalau dia hide IP ke hapa kan…

dia tulis situ kata ‘ko hutang kad kredit sampai kena blacklist apa cer?’

sentap tau mak!!!
cena orang lain pulak lebih tau aku kena blacklist tapi aku sendiri taktau?
tak baik tau buat aku gini…

memang la i ada hutang kad kredit.
tapi setakat entry nie ditulis, belum la lagi dapat apa-apa surat blacklist.
tak tau lah esok lusa ke.

ermmm… my point here adalah :-

tak kira lah sapa pun ko, sama ada ko memang kerja kat mana-mana bank.
atau pun ko boleh akses pada akaun orang lain, atau pun ko ada member-member yang kerja bank dan boleh akses akaun orang ke..
ko takde hak nak bocorkan maklumat tu.
itu amanah kerja yang perlu kau jaga.
dan aku pun tak paham kenapa ko nak tinggal komen kat blog aku.

nak kata membantu, gaya ko macam tak.
macam perli menyindir ada.
tapi pun kan, kalau betul kata aku hutang kad kredit. dan kena blacklist pun.
adakah ada kena mengena dengan ko eh?
adakah ko akan bayar hutang aku tu eh? tidak kan.

so please lah. mind your own business.
kalau kata aku ada terkacau hidup ko ke hapa, aku mintak mahap.
takyah la nak buat buat onar kat blog aku nie.
letih la nak hadap benda-benda nie semua….

18 thoughts on “Anna oh Anna

  1. Anna oh anna..ha..kan dah kena..kak mya ni garang ko tau…klau aku pun aku marah giler..dari org tak tau dah jadi org ramai tau..not goog not good..

  2. susah betul kalau ada orang mcm ni..suka campur hal orang lain..masuk blog orang tu buatlah cara baik sikit….ini main terjah ajer….tak faham betul

  3. kak maya toksah ler nak layan anna psiko aka hawau tu…
    klu dia nak tolong bayarkan takpe la jugak yek..!
    buzybody sunggohhhh…

  4. Dear Maya,

    Sila laporkan kepada LINK, org ni dah breach BAFIA ya, sebab semua maklumat individu adalah sulit.. Sekian terima kasih

Comments are closed.