Seawal 4 Pagi…

kita mulakan dengan episod pertama cuti-cuti aku dan adik beradik aku ke KK sana. clap clap clap..
tapi aku tak jamin akan ada kesinambungan secara konsisten yo..
aku update mana daya yer…

kul 4 pagi sudah kejut yaya bangun.
alhamdulillah senang je dia bangun, takde la merengek nangis ke hapa.
mandi manda, pastu encik z call cab.
cab pun sampai ngam soi pada waktunya.


: : nampak pendek la rambut yaya kan : :

dari jasmine, sampai kat kl sentral.
aku dah web check in semalamnya, so takde la rushing nak check in bagai.
just baggage check in jer la.
pastu terus menaiki erl kita.
erl pergi balik dewasa RM70 yer anak2..
untuk bebudak plak RM 30 pegi balik.
total? lu kira la sendiri.

nunggu erl pun sekejapan jer.
dalam 10 minit gitu kot.
matikk la baju pink, kasut pink, beg pink.
ko memang berangan muda kan normaya?
lantakkkk… apa ko kisah?
ada aku mintak duit ko beli barang fink fink aku segala.
takdok kan. so duduk diam-diam ko di sana.

memula berborak gitu gini.
letih aku nak nerangkan kat yaya erl nie adalah juga sejenis keretapi.
tapi bukan keretapi sebenar.

pastu layan blues memasing.
menghayati pemandangan subuh gitu.

kemudian……
zzzzzzzzzzzzz…..
ngantuk ko. dapat lelap sekejap pun jadilah..

tak sampai setengah jam, sudah sampai di KLIA sana.
yer anak-anak. ai ker KLIA. ini kali bukan ke lcct.
so makanya kita fly fly naik MAS oh.. la la la la la…

tetiba kaklong sekeluarga pun ada kan….
tapi ko jangan gegila ingat sebab kakak aku kerja MAS, aku dapat fly naik MAS murah2 ke, free ke.. takde maknanya…
nie ai bayar full guna duit titik peluh ai sendiri ok…

bukan apa, kebetulan masa aku nak beli tiket hari tu, harga MAS ngan airasia lebih kurang jer. airasia RM1400 untuk 3 ketul return.
MAS plak RM1700. beza sikit je kan. so kita zasss je la naik MAS.
pastu patutnya memang tak sama pun ngan kaklong.
tapi tetiba sama plak. ek eh… ayat apakah…

2nd time yaya fly fly nie.
dulu masa umur dia setahun lebih.
naik air asia gi langkawi sana.
sokayy la dia cam takde la pening mabuk ke hapa.
happy dapat selimut ngan bantal.
pastu dia zzzzzzzzzz….

ngan aku sekali zzzzz…
aterrr perjalanan 2 jam setengah ko.
apa mau bikin dalam flight tu.
walaupun naik MAS, bukannya business class ke, first class ke.
economy class je. kapal terbang kecik plak tu.
so jangan ko berangan nak request itu ini plak.
mau kena starlite ngan cabin crew.

hidangan di hari kejadian.
nasi lemak sambal udang, orange juice, kek buah dan coklat ferrero rocher.

yaya dah nak dekat sampai KK baru dia terjaga.
so lelaju aku suh dia makan. licin oh.
lapar benau ler gamaknya.

selepas 2 jam setengah, sampai kita di kota kinabalu negeri di bawah bayu.
woh, ini kali ke 2 aku ngan encik z datang sini 🙂
nanti entry yang terakhir, aku bagi ko link entry aku waktu gi cuti cuti kat sini dulu.
jangan kontroversi bebukan sudehh..
aku menaga nanti..

10 thoughts on “Seawal 4 Pagi…

  1. sy pun dulu ada 1x org tu ckp, “kita balik cuti ya?” mentang2 la muka sy ni da mcm sabahan. dia ingat sy blk kg. cuma pelik la nape ek dorg ckp swak..

Comments are closed.