Membasuh Gambar Yang Sudah Berabad Lamanya

sila rujuk entry jam 9 pagi tadi.
anda akan jumpa kaitannya dengan entry ini.

aku ngan encik z gi maju junction sebab nak basuh gambar.
selalu orang sebut cuci gambar kan.
aku sebut basuh gambar. bley?
kami ke bintang maju.
dengar katanya basuhan di bintang maju ini adalah haibatt.
so kasik coba.

total gambar yang aku cuci adalah 545 keping.
gambar tunang, gambar kenduri kat taiping, gambar kenduri kat segambut dan gambar birthday yaya yang ke 4 dan ke 5 yang tak dibasuh-basuh laie.

tu tak termasuk gambar 5R ngan 10R lain.
dan pastu adik penjual nie pandai je dok pujuk rayu aku gitu gini.
aku terjebak plak beli frame gambar.

frame yang dibeli.  hamek ko.
tapi frame nie semua bukan untuk gambar yang dibasuh.
tapi untuk gambar yang sedia kala ada di rumah sudah.
yang bogel tak berframe-frame. main tampal tampal kat dinding jer.

gambar kiri.  lukisan masa gi cruise kat putrajaya ngan female alligators.

gambar kanan atas masa aku masuk pertandingan ratu cantik cik siti wan kembang.
ok sila gelak, aku tak marah.
teringat masa buat show kat plaza alam sentral.  poyoooo nak mampppp…
haaa sapa datang masa tu ek…
nida ada. mariah ada.  lynda & aida pun ada.. hik hik..

gambar bawah tu plak, aku  beli jahitan masa gi honeymoon kat hanoi vietnam dulu.
gambar dua asing-asing. aku cantum sekali letak dalam satu frame.

pastu bawah sekali, sjil tamat tabika perpaduan yaya.
nanti nak letak dalam bilik dia 🙂

dari maju junction, aku hantar encik z ada game hoki kat stadium pantai.
pastu aku plak terus gi midvalley.
tak puas hati nie.  nak cari album plak.
berjaya beli 2 sticky album di bawah.

dan beli frame lagik!
lepas gambar siap cuci, terus gigih masukkan dalam frame.
aku cuci 4 keping gambar 6R kami 3 beranak. 🙂

melambak lambak oh gambar.
gambar birthday yaya semua aku dah susun dalam album yang pun sedia ada kat rumah.
tapi gambar-gambar tunang, nikah ngan kenduri semua kena tunggu encik z free.
nak suh dia lekat dalam sticky album tu.
mak tak pandai nokss… jari kayu. nanti mesti senget benget compang camping.

gambar keluarga nie aku cuci 13R.  eh ye ke 13R. ye kot.
nanti nak drill semua molek molek gantung kat dinding.
gambar family aku sudah.

encik z, kalau ko nak gantung gambar family ko, sila cuci sendiri.

untuk gambar dan frame nie semua, aku spent more than RM400.
fitammmm…

22 thoughts on “Membasuh Gambar Yang Sudah Berabad Lamanya

  1. aku dh lame nk coci gambo2 aku n ank2 frame n gantung kt dinding…ank nk msk 3 dh ni tp impian tu masih blom terlaksana…ari2 duk ckp jek nk buat tp hampagas x pnah nyer nk buat…ngeh3….mood ghajin dtg lah kauuuu

  2. alamak baru dni teringat ada satu filem tahun 2003 dni lom cuci2 lagi. adeihh… segulung duk cemtu je.. zaman lom beli digi cam. tetiba nak g cari sebab baru teringat. sies ni kak 😀

    • haaa ntah ada ntah tidak lagi filem tu.. carik cepat pastu cuci..
      lelama lagi kang, rosak baru tau

  3. k.mya, dpt harga brapa sen utk sekeping gambar..?
    tgk post ni teringin lak nak cuci gambar..
    nk cuci gambar sepanjang 5thn blajar..
    mmg sah2 la beribu2 keping..
    🙂

    • tu la benda2 gini tak leh delay2… kalau tak lagi banyak gambar oh..
      akak dpt RM0.35 sekeping sebab 500 ke atas gambarnya

  4. wow…byk nye mya cuci gambar….
    adehhh..bila la erin nak cuci nieh..dah bersarang dlm laptop tu…tinggal laptop tu nak meletup je lagi…penuh sgt!

    • tu la, sbb skang semua main klik2 jer kan… tu yg bergambar tanpa batasan, bila nk cuci punya la malassss

  5. kak maya ku…
    gigih tau menggoogle blk entry akak yg satu ni sbb tak igt bulan brapa punya. dok fikir2 mana nk cuci gmbr dgn hasil yg terbaekkk wok! kedai gmbr yg kt the mall ni hasilnya oooook la..tp mcm nk carik hasil yg lagi2 ok. SO, AKAK PROMOTE TAK KEDAI NI? PROMOTE TAKKK??
    btol2 ni kak..banyakkkkk ni nk cuci..kang org nangis berlagu lady gaga. dgn gmbr sebelum halalnya berfolder2, gmbr separa halal lg (erkk ada ke istilah tu), gmbr halal bapak byknya ngan sedara mara smua…pitam bgn smula dan pitam lg dan lg dan lg la jwbnya nih….huhuhu

Comments are closed.