Mari Makan Seafood di Gayang Seafood

dari parking kereta ke bilik hotel agak menjauh.
kata resort kan.. so menjarak la gerak dari satu tempat ke satu tempat.
nak plak malam tu hujan oh.
encik z dukung yaya, abang long dukung caca.
dengan payung segala. tsktsktsk…

akhirnya sampai sudah kami.
kami bukan ke akuarium yer anak-anak.
walaupun latarbelakang macam kat akuarium kan.

kami ke gayang seafood restaurant.
apa laga.. makan seafood la uolls..

ko boleh pilih pilih nak makan apa.
udang, ketam, siput, sotong apa-apa yang ko berkenan lah.
pastu kasik tau sama nyonya yang amik order.
pastu gi cop tempat.

aku pakai jaket sebab sejukkkkk ko.
masa nak makan lagi laaa… angin bertiup cam nak terbang rasanya…

manusia adalah meramai.
tapi sib baik dapat gak tempat.
sementara nunggu lauk pauk sampai, kita snappy snappy lu.


: : abang long, kaklong dan caca yang pura pura tidur : :


: : 2 insan bercinta. adil & yana : :


: : perleww kah diperkenalkan lagi? : :


: : kan dah bagitau. ramai oh orang : :

ok drum roll…. makanan yang kami order adalah…
dimulakan dengan minuman. air tembikai dan fresh orange 2 bekas besar.

menu 1 : errrr tak ingat la namanya. siput buluh kot?
masak errrrr… errrr… tauchu? tak ingatttt… i’m sorryyy…

menu 2 : ikan errrr… kerapu? siakap? tatawuuuu….
masak errr.. errr… steam kot?? gagagagaga.

menu 3 : sotong goreng tepung.
aku tak berapa minat. makan seketul cukup.


menu 4 : nie pun tak ingat jugak. tapi adik beradik siput.
masak apa pun aku tatau. aku makan 2 ketul jer.
tak lepas ditekak. huhuuu…

menu 5 : udang masak butter basah.
silap sebab amik basah.  kalau kering mesti lagi sedap kan..
ada kerak-kerak gitu.
aku suh amik 1/2 kg je.  kaklong la beria suh amik 1kg.
ujung-ujung dia tak habis, paksa-paksa kitorang habiskan. dush dushh…

menu 6 : ketam masak cili.
wuuuuu terbaikkkk…
amik 7 ekor.  dalam RM40 gitu.  murah la kot ek?

menu 7 : sayur pucuk paku goreng belacan.
penambah selera laaa… bagi balance gitu dengan seafood lain .

menu 8 : telur dadar.
takde kena mengena dengan seafood yer.
tapi kaklong yang order. tapi pun ujung-ujung tak habis gak. heh.

menu 9 : pencuci mulut diberi percuma.
puding apa ntah.  aku makan sesuap jer.  perut dah sengkak.

selesai!!! licin…….
burpppp….  alhamdulillah…

sesiapa yang nak bercuti ke KK nanti, boleh la consider makan-makan kat gayang seafood nie eh…
total makan kami tak sampai RM300 pun. aku rasa ok kot… ko rasa?

14 thoughts on “Mari Makan Seafood di Gayang Seafood

  1. tmpt ni memang tempat femes kat KK ni sis…RM300.00 tu sangat2 murah dan berbaloi..napa sis tak cuba resepi femes kat sana…soft crab..memang terangkat tau sis…hehe

  2. menu 1 tu bkn kupang ke..kat maner lak Gayang ni ek..bole try kalau gi kk nanti..biasa mkn kat tanjung aru jek..

Comments are closed.