Makan CharKueyTeow kat SANY

ini cerita hari pertama lepas balik kursus 2 hari tu.
entry kursus later-later lah eh.. insyaAllah akan keluar sebab aku nak menaga kat entry tu. tunggu…

dari PJ nun, amik encik z kat office. terus zass piulang.
tapi tetiba encik z ajak makan char kuey teow kat titiwangsa sinun.
so pegi.
tempat bertajuk sany char kuey teow.
meriah ok tempatnya.

encik z kata, dulu dia meniaga dari stall jer.
cam stall burger tu. tak sampai berapa bulan, dah naik tempat makan kayak gini.
itu la untungnya rezeki kalau bisnes makanan kan.
tambah plak kalau makanannya setapp.
pasti akan disebut-sebut seantara maknosia..

inilah rupa paras char kuey teow nya.
nak yang special je tak agak-agak.
tapi ujung-ujung tak habis pun telur tuh.
tak habis bukan tak sedap ke apa yer, tapi perut dah santak.

ginilah rupa romannya orang yang takde handphone canggih uolls.
nak beronline je kena bukak netbook.
takpun kalau dah menggeletek sangat nak update, hantar guna celcom text message tu. RM1 seminggu. sedih.

korang penggemar kueyteow, kot kot nak ubah citarasa ke, boleh la try kat sany kueyteow nie ek. kat titiwangsa sinun.
berdepan dengan sekolah rendah. nama sekolah tak ingat.
sekian.

6 thoughts on “Makan CharKueyTeow kat SANY

Comments are closed.