Kursus Peta Minda

seperti yang diwarwarkan, hari isnin ngan selasa lepas aku attend course kat hcdc nun.
course diberi nama mind mapping atau dalam bahasa ibundanya ialah peta minda.
chegu diberi nama chegu loi.

peralatan untuk melengkapkan course ini ialah fail merah.
pensil warna cap ayam, pengasah pensil (dulu kekecik sebut pengorek), pemadam dan pen beraneka ragam (sebab ada kaler merah, biru, hitam dan hijau)

juga 3 ketul bola untuk pertandingan mari berjuggling.
atau dalam bahasa ibundaya disebut menyulap.
main sunglap dgn bola.
eh eh gegelak plak ko. cer ko google translate tengok.
betul oh keluar main sunglap dengan bola.

sekarang aku sudah terer menyulap oh.
3 bola ok.. sapa-sapa nak challenge, mari lah.. (sambil buat muka kerek)

aktiviti memanaskan badan.
melukis wajah sendiri menggunakan tangan kiri.
yang penting sepit tu. dan tahi lalat. trademark i. ko adoo?

dibekalkan senaskhah buku untuk panduan di hari muka.

apa itu PETA MINDA ?

Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah- sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya

kredit : www.panitiapijb.com

kena buat 2 peta minda secara seorang diri.
tapi koserr plak aku nak jaja kat sini.
so aku jaja 2 peta minda yang dibuat secara berkumpulan sudah.
kumpulan kami diberi nama pak jali & the geng.
kerana salah seorang peserta kertu bernama pak jali.  bolehhhhh????

lepas 2 hari, kursus pun watamat.
dapat prezen keychain klcc sebab berjaya menyulap.
dan dapat sekotak ligo raisins untuk merangsang medula oblongata lebih berpadu.

dan seperti biasa, diakhiri dengan bergambar together-gether.

aku nak buat luahan perasaan sikit boleh tak…
dalam grup nie, ada sorang peserta yang boleh aku panggil bapak/pakcik.
aku kenal dia jugak sebab before nie pernah masuk perarakan merdeka sesama.
tapi, walaupun ko kenal aku, tak semestinya ko boleh bergurau tanpa batasan.
apa apa yang kita buat mesti ada limitation. batasan.

aku taktau nak explain cerita macam mana dalam nie.
tapi sesiapa yang ada sekali course ngan aku, mungkin ada yang perasan la kot.
attitude pakcik nie makin lama makin cam terhapa hapa.
nak usik usik like aku nie budak umur belasan tahun plak.

hello…. walaupun aku kelihatan gediks, tapi i’m not that gediks ok.
me hormat and respect u as orang yang lebih tua, so please act like orang tua lah.
siap petik petik nama encik z. pastu bz body tanya aku bila nak pregnant la hapa la. kenapa ko..
lelaki + tua + poyo + gatal = so pathetic

memula aku ok lagi la. boleh la cakap sikit-sikit.
pastu dia dah terpoyo poyo terlampau, aku ignore dia. buat tak dengar.
dan last-last masa brainstorming, benar-benar dah naik darah aku.
aku tengking je dia, lantak lah..
member grup aku semua pun cam ‘sabar mya, sabar’

budak-budak lelaki muda ada 4 orang dalam nie.
semua pun relax je, tak de pun poyo-poyo. sebab selalu budak muda yang poyo kan. nie si kertu plak poyo. please lah…

P/S : berapa kali aku taip, edit, taip, edit nie..
ikut hati nak taip ayat maki hamun jer. tapi ada sesuatu yang berlaku, yang buatkan aku kena tapis ayat. arghhh.. complicated nya hidup!

12 Comments

  1. uik..
    baru belajar buat mind map ke?
    heh.. ni zmn skolah dulu nya brg ni..

    ada color2..
    ada cloud2
    ada ranting2..
    ada cabang2..

    eh.. mcm parti politik lak.. heh

    tapi buku tony buzan tu mcm best la

    hehe.. leh potostat tak??

  2. Sbelom pakcik kene panggg, baik pakcik sedarkan diri pakcik dulu, bebawak ngucap.

    Ps: jangan expect org nak respect kita jikalau kita sendiri tak pernah nak respect org lain. Sekian

Comments are closed.