Kundasang War Memorial Park

kami ke kundasang war memorial park yo!
letaknya sepelaung je dari kinabalu pine resort tu.
dan letaknya sekentut dari pekan kundasang yang ado tu.
cuma ko payah nak perasan ada memorial park kat situ sebab signboardnya mengadap ke tepi gitu.
so sabah tourism, please take note. ek eh..

bayaran masuk RM2 sajork. so kalau ko pencinta benda-benda sejarah nie, memang wajib la ko datang sini ek.
yer ini jalan masuk ke kundasang war memorial park.
jangan camping di depan ini.

dalam nie ada banyak seksyen. so pepelan ko jalan semua seksyen.
eh aku tak bagitau kan kundasang war memorial park ni apa sebenarnya?
tempat nie cam tempat memperingati bakti dan jasa askar australia & british yang gugur di medan peperangan kat sabah nie waktu berperang masa perang dunia ke 2 gitu.
kira kerajaan sabah ada hubungan baik dengan kerajaan australia sana.
dibuktikan dengan surat menyurat dan keratan akhbar di antara mereka berdua.

cute gila kan signboard nie? tolong jangan pijak saya. nanti saya mati.
ko pun tolong jangan pijak anak aku. kalau tak, dengan ko ko sekali mati.

jenuh aku nak explain kat yaya.
aterrr bebudak kan. mana nak paham sangat pun hal perang memerang nie.
lain la mak budak.  sebenarnya sorang yang involve perang, tapi yang lain pun menyibukkkkkkkk nak declare perang jugak.
perhapa hapaaa…

‘mommy, nie kubur ke?’

‘eh… errr.. eh.. encik z, nie kubur ke?’

‘uishh mana nya kubur.  kan ke peta australia tetengah tu. simbolik je rumput nie’

‘ooooooo’

dah macam askar british pulak muka si encik nie.
bezanya lak mak hitam ko. gagagagagaga.

kan aku kata, kundasang war memorial park nie memang luas.
ada bunga-bunga. pokok pokok.
so ko sila lah take your own sweet time untuk sama-sama memperingati jasa-jasa askar omputih nie semua.
walaupun takde kena mengena ngan kita, tapi dah alang sampai tu, ko layan je la.. tak rugi pong..

nama-nama pejuang yang gugur di medan peperangan.
bapak ramai oh…
siap details ngan tahun berapa dorang mati dan kat mana.

nie bahagian last sekali.
cam menara. ko boleh naik atas lalu bergambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu yang indah itu.

sementelaah takde tripod, so gilir gilir la bergambar yo.
memula ngan anak.
kemudian ngan suami. 🙂

destinasi seterusnya.
kami ke ladang lembu. eh ini betul betul tau.
bukan cobaan. nantikan kemunculan lembu sebentar lagi.

mooooo… mooooo….

8 thoughts on “Kundasang War Memorial Park

  1. tak pernah rasanya baca psl kundasang war memorial park nih.. BTN kundasang tau ler… hehehe.. korang mmg comel berbaju & berseluar pink sama2.. nak beby girl jugekkk

  2. kalau aku pasti la termengah tahap nak mati berjalan jalan didalam kawasannya. tgk cam meluas sesaja.

    ps: perang memerang= berperang menentang memerang

Comments are closed.