Ke Negeri Di Bawah Bayu

by the time ko baca entry nie, aku insyaAllah sudah berada dalam perut kapal terbang menuju ke kota kinabalu sabah sana.
tapi depends jugak la ko baca pukul berapa.
kalau ko baca ngam-ngam lepas entry nie autopublish, pukul 9 pagi, haaa masih dalam perut kapal terbang la.

tapi kalau ko baca dah pukul 11 pagi, harus aku sudah berpijak di bumi sabah sana.
dan kalau ko baca dah lepas 4,5 hari dari entry nie plak, harus aku dah kembali ke semenanjung. begitulah kira-kiranya…

ko tau ke tak aku nak fly ke KK nie ek?
kalau ko kepochi tengok kat msjbox aku kat belah kiri nun, harus ko tau noksss…
tapi kalau ko tak kepochi, memang ko taktau lah kan..

aku gi KK sebab bersebab yer. bukan saja-saja nak menghabiskan duit.
nie nak pergi pun kena korek-korek tabung nie.
pergi sebab nak attend majlis konvokesyen adil kat UMS sinun.
setelah sekian lama, akhirnya kan…

takkan tak nak pegi plak. kesian jugak kat dia.
tu yang gigih la korek duit mana yang ada.
tapi mama taknak pergi, sebab ermmm.. ada la kot sebab musabab dia yang tersendiri. kita sebagai anak, respek je la kan..
so yang pegi kaklong sefamily, aku sefamily, adil & yana yang belum sefamily.

aku dah buat entry autopublish hari nie & isnin. 2 entry sehari. pukul 9 pagi & 3 petang.
see… betapa sayangnya aku kat korang semua.. kental okehh menaip.
sampai tumpul jari jemari..

walaupun sikit, tapi tetap ada kan.  lagipun aku seriyus sudah kekurangan cerita.  huhu…

ok dah tu jer. tolong doakan perjalanan aku dan family baik-baik saja ek..
insyaAllah kita jumpa lagi hari selasa nanti.
tah tah… tih tih… tuh tuh…. 😀

10 thoughts on “Ke Negeri Di Bawah Bayu

Comments are closed.