Jamuan Hari Raya @ Jasmine Apartment

pertama kali nih aku gi jamuan hari raya kat jasmine walaupun dah lebih 3 tahun aku dok sini.
aterrr sebelum nie sensorang kan.
skang dah ada encik z, so harus aku heret encik z gi sekalik.

majlis start kul 8.30 malam. aku ajak encik z turun awal.
dia memalas. so memalas sudahnya tak der table okkk.. cisss…

ada dato’ datang. tapi aku tak certain plak dato’ apa namanya.
encik z kata adun kawasan wangsa maju. yer la gamaknya.
walau apa pun, terima kasih la ek dato’.

manusia adalah meramaiiii ohhh…
rata rata aku nengok macam dah kenal each other.
gamaknya sebab semua pun joint aktiviti kat jasmine kot.
aku jer yang kera sumbang. ngeh ngeh…
walau begitu, makan tatappp makan.

ada satay ayam & daging, ada bihun goreng, keropok lekor, lemang, rendang daging, teh o, buah tembikai & pop corn.

tak lupa yang paling mmmlatop vogue da vass ialah lychee kang.
setappp ohhh… manis lazat berkrim semua. nak tambah, tapi malu.
ek eh pemalu rupanya si normaya nie.. puii..

waktu tengah duk memakan tu, nampak la ada couple suami isteri ngan anak kecik dorang.  aku dok tertelek-telek tengok anak dia, comell…
pastu si isteri terus datang approach aku.  baik nya kan..
dah jarang tau orang nak datang approach-approach kayak gini.
nama dia zuha.  anak dia nama aqilah 🙂
sweet je orangnya.

ingat nak lepak kejap je, tapi sejam lebih jugak rupanya.
sebab layan ada karaoke bagai, walaupun semua suara nan hadoooo.
tapi takpe, semangat dan kemeriahan dan beramah mesra tu yang kita mau kan…

thank you to management jasmine apartment atas jemputan ini.

dengan soalan : paip atas rumah saya yang tercabut tu, bilakah mau disambung kembali? bila hujan, depan rumah i banjir ok.  sadisss…

26 thoughts on “Jamuan Hari Raya @ Jasmine Apartment

  1. Ahkakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
    Mencomel betul akak pakai tudung!!
    Pic bawah skali mcm gambar yaya nak p skolah laa.. Comelll!!! Cantik!! Likee!!

Comments are closed.