Hello Kota Kinabalu!

yeay. sampai sudah kita di negeri sabah bah…
aku teringat lagu sabah nie dulu selalu keluar kat tv.

lirik dia kurang lebih gini ‘rakyat sabah bergandingan tangan menyambut kehadiranku.. ke negeri di bawah bayu;
kekecik aku suka sangat lagu nie.
pastu berangan-angan la nak gi sini.
siap doa dalam solat nak pergi negeri bawah bayu.
alhamdulillah Allah kabulkan. sampai 2 kali lagi 🙂

masa nak lalu kat imigresen tu kan.
aku sua la IC ngan surat beranak yaya.
sekonyong konyong pegawai imigresen yang ada rupa iras hans isaac tu berkata ‘yasmin (yaya) ni anak kita?’

anak kita??? sebila plak mak ada skandal kat KK nie uolls.
jangan gila-gila.
lepas tu baru aku cam ek eh… kita(k) dalam bahasa sarawak maksudnya awak atau kamu la kan kan kan…
heeee… perasan nauu hik hik…

bab nie yang paling membuhsan.
tunggu beg. huhuhuuu…

ok beg udah dapat. jalannnnn…

setengah jam nunggu adil hantar kereta.
pastu nunggu lak kaklong nak pi confirm tiket bagai.
kaklong, aku, yaya & caca je bersungguh sungguh gembira kan.
yana, adil ngan encik z sengih-sengih jer.
yer yer yana girlfren adil pun terlibat dalam ini gambar.
aterrrr, boyfren konvo kan. harus datang bagi sokongan gitu..

nie lah kereta viva yang aku sewa.
jumaat sampai isnin. RM280.
ntah aku pun tatau mahal ke murah.
member adil punya kereta.

isi minyak penuh tangki sebab nak jalan jauh.
masa dapat kereta nie pun, minyak udah kelip kelip ku sangka api. ek eh..
selalu gitu kan, kalau kita sewa kereta, masa orang hantar kereta tu, mesti minyak dah sipi sipi kan..
awasss ko. nanti aku pulangkan kereta nie, harus aku tinggal minyak sipi sipi gak. hutang darah harus dibayar darah. tiba tiba…

perjalanan diteruskan ke kundasang sana.
di daerah ranau. eh ke ranau kat daerah kundasang?
ntah. belasah je lah. janji sampai.
jangan tershashul ke kudat ke, sandakan ke sudah…

perjalanan ngamik masa 2 jam setengah oh.
jalan pula adalah bengkang bengkong berliku liku.
aterr naik gunung sana. ke arah kaki gunung kinabalu tu.
yaya memang tidur je la sepanjang perjalanan.
molek gak dia tidur. kot kang dia jaga nak gi toilet bagai, tak ke haru.
mana nak cekau toilet tetengah jalan gitu.

dah la hujan melebat. dengan lori kiri kanan.
agak mara bahaya jugak la. aku pun terlelap kejap kejap.
sebab merisau la encik z drive membabi buta.
lepas 3 jam gitu, selamat lah sampai di kundasang sana.
yibaaaaa…..

6 thoughts on “Hello Kota Kinabalu!

  1. mmg ade segelintir org kat sini bahasakan ‘kitak’ utk ‘kamu’..cth mcm yg imigresen tu tanye la..”ini anak kitak?” kira kalau ckp camni nampak sopan skit la kalau nak compare “ini anak kamu?”..

    kundasang dlm daerah ranau..jln nak gi kundasang tu mmg camtu..tiba2 kat tepi nampak gaung..lps kundasang tu lg 3 jam sampai la sandakan..sayur2 yg jual kat situ paling fresh..bunga ros pun murah..so dpt tgk puncak kinabalu ke..paling clear nak tgk time kol 6am..best situ..sejuk..

    • dah balik kl pun zie. hehe..
      insyaAllah kalau ada rezeki leh repeat ke kuching.
      wajib kita jumpa 🙂

Comments are closed.