Gedung Pemborong Barangan Runcit NSK

masih berkisar di hari yang sama membeli crocs, meminum ice blended dan berjumpa abang tukul.
betul kan aku bagitau kata hari sabtu tu adalah hari yang panjang dan meletihkan ke sana ke mari..

kami laki bini ke gedung pemborong barangan runcit NSK.
tetiba rasa cam iklan plak.

NSK nie dekat je pun ngan rumah aku tapi tak pernah terperasan selama nie.
patut la cam selalu kelihatan manusia keluar masuk tolak troli kemain berbeban beban lagi. rupanya menyopping kat sini yer.

barangan basah dia memang menghaibat oh.
memang macam kat pasar pasar betul tu.
sayur mayur semua jenis ada.
ikan ayam daging udang sotong.
wowowoow.. terus cam terambang mata nak beli itu ini.
walaupun sekadar bershopping di NSK kan.

pastu satu lagi seksyen jual barangan kering dan barangan rumah.
dari satu lorong ke satu lorong kitorang pusing.
cuma satu jer la shopping kat sini ketiak ko boleh membasah la.
aterrrr takde aircond kipas bagai.
tapi sila lah berkorban yer untuk mendapatkan harga berbaloi baloi di sini.

pencuri boleh masuk penjara.
ada ke pencuri yang boleh masuk istana? ok tak relevan.

pasni kalau nak beli benda-benda basah molek ke sini je lah kot.
berjimat dan berbaloi baloi 😉

6 thoughts on “Gedung Pemborong Barangan Runcit NSK

Comments are closed.