Di Old Town Bersama Naza

dimulakan dengan wajah seorang naza.
tapi beliau adalah seorang manusia.
bukan sebuah kenderaan naza ria mahupun naza citra.
dalam office aku nie, kira dia lah yang paling ‘click’ ngan aku.
nak ngumpat, nak laser, nak gossip semua aku lipat habis ngan dia.

dia baca blog nie jugak. tapi silent reader gitu.
aterrr sebagai seorang eksekutif kanan yang begitu menyibuk, dia tak de masa sangat nak layan benda-benda nulis di alam maya segala nie.
tapi kalau ada entry aku menaga naga, dia kepochi jugak laaa.. heee…

semalam lunch ngan dia kat oldtown.
bapak lama oh tak makan kat sini.
hari tu pun encik z ada sound kata ‘lama kita tak breakfast kat oldtown kan?’
dah memasing bangun tidur pun dah dekat tengah hari.
gimana dong mau breakfastnya? heh.

amik set je la senang baitu, berjimat dan takyah pening pikir leceh-leceh.
sampai kat sini pun dah kul 1.10 tengah hari.
so order cecepat.
ala tapi dah hilang ingatan apa nama set nie.
takpelah kan. bukannya ko kisah pon.

ah yang nie ingat.  samosa daging namanya.
tapi tu nama aku bagi sendiri. nama saintifik oldtown, sik ingat.

masa nak bayar, naza kata ‘takpayah lah. aku belanja’
iskk.. segan plak aku. dah la hari tu dia belanja mcdonalds.
dia kata lagi ‘takpela, lepas nie pun ko dah pindah. mesti susah nak makan sesama dah’

huksss… kalau kok yer dapat pindah naza.
kalau tak? tsktsktsktsk…

14 thoughts on “Di Old Town Bersama Naza

Comments are closed.