Biyawak… Awak Ni Lelaki ke Peyempuan???

banyak gila gambar dalam entry nie.
agak-agak pc ko kejung keras nak load, sila maki aku.
tapi walau ko maki aku banyak mana pun, tatapp tak merubah suasana.
tatapp ko kena tunggu semua load kalau mau tengok gambar yo.

pepagi bangun, aku dah siap mandi semua.
sebab kaklong kata mau ke sunday market sana.
tapi ujung-ujung dia sudah berubah fikiran.
cett.. buat penat je aku bangun mandi pepagi tau.

sudahnya tukar baju aku.
pastu terus ber breakfast kita.
buffet breakfast semua pun western.
western western western.
ada bubur, so kita kasik hantam bubur. oh dengan salad juga.

tetengah makan, muncul biyawak dari dalam kolam.
si caca ngan yaya pun teruja satu macam la kan..
si caca pendek so tak nampak disuruh aku dukung.
ok fine aku dukung.

lepas dukung tu memekak memekak pulak dia.

‘biyawakkk… awak ni lelaki ke peyempuannn???’
‘biyawak… awak nak makan ayam ke nak makan teyorrrr???’

tak puas hati soalan dia tak berjawab..
dia memekik lagi…

‘biyawak… awak nak makan apa haaaa??’

jeritan yang ke tiga tu sudah buat si biyawak naik hantu ko.
dia angkat kepala cam nak melompat gitu.
menjerit la aku… terus datang kekuatan badang.
aku dukung yaya belah kiri, caca belah kanan.
drama betul masa nie..
orang keliling dah gelak-gelak dah…

saat cemas…
mau tak nya, kot kot la si biyawak tu boleh terbang lompat.
dibawak lari yaya ngan caca. sapa mau jawab?
silap silap ngan aku terus bertukar jadi biyawak kann…

dah tutup cerita biyawak.
jom kita pi terjun mandi kolam.
sebelum tu, berpose dulu kat chess gergasi ini.

kaklong namo mandi.
so aku je la jaga bebudak dua orang nie.
abang long ngan encik tengah tiup pelampung plak.

dah habis tiup pelampung, baru mereka joint kami kami ini bermandi manda.
wuu best gak kan sesekali mandi kolam.
walhal aku benarnya tak minat sangat benda-benda berunsurkan ayer nie.

dalam satu jam setengah jugak la berendam.
dah lepas puas mandi, yok yok naikk..
banyak lagi agenda nak buat nie..

mandi mandi, siap siap, wangi wangi…
caca yang sibuk la nak dok dalam bilik kitorang.
pastu sibuk nak tengok gambar.
paling nyampah, bila lepas snap satu gambar, sibuk ‘nak tengok, nak tengok’.
pastu sibuk nak slide. sebab kamera kaklong jenis slide slide tu.
walaupun lapanploh kali aku dah kata takleh slide, nak jugakkkk..
lempang baru tau.

caca dengan encik z very the manja tau.
gamaknya sebab encik z rajin melayan dia.
kalau ngan aku, semedang aku menaga.

‘mommy jahat. takmo kawan mommy’

hari tu dia gaduh ngan opah dia lagi teruk.

‘nanti caca bakar kereta opah’

heyyy…. wahhh koo… very the samseng kan.. mesti pengaruh gerak khas nie.
bila caca manja-manja ngan encik z, yaya plak menjeles.
mesti nak selit selit sama..

haisyooo… mommy kena dera..
tolon.. to lon….

kul 12 tengah hari, kaklong check out.
sebab flight dia hari tu.  aku sekeluarga esoknya baru piulang.
sementara tunggu nak check out bagai, kami dihidang dengan air kunyit.
uwekkkk…tak lalu…..
tapi abang long ngan encik z elok je teguk guk guk guk..
gila ka??

pastu terus gerak ke KK, sudah janji-janjian mau jumpa dengan adil.
cam biasa, sila lah wait forever for next entry ya anak-anak…

12 thoughts on “Biyawak… Awak Ni Lelaki ke Peyempuan???

Comments are closed.