Berposing Sekitar Kinabalu Pine Resort

good morning kundasang!
pagi yang nyaman dan dingin dan indah dan sejukkkk..
aku cadang nak bangun kul 5 pagi = 6 pagi waktu semenanjung.
cadangnya nak la menghayati sunrise gitu.
tapi ujung-ujung kul 7 pagi baru terjaga. bagaimanalah? tsktsktsk..

dua manusia bertuah tu ko takyah tanya la.
berkelubung cam dah pengsan kayaknya.
tapi nak kejut anak lagi senang oh dari nak kejut bapak.
siap siap semua. breakfast time!
harga bilik kat sini inclusive breakfast yer korang..

kat depan tempat makan.
tempatnya kecik sajorkk.. aku rasa ada kurang dari 15 meja kot.
sib baik masa nie pun tak de orang sangat.
so boleh makan dengan tatatertib.
pilihan makanan tak banyak, tapi sokayyy la. janji ado.

tetiba terjumpa jocko sekeluarga.
tapi takde la surprise sangat ke hapa sebab memang dah tau dia pun nak datang sini. tapi kebetulan yang cam tak sangka gak la..
sama jer date nya dia bercuti ngan aku.
cuma beza dia naik air asia. aku naik MAS. la la la la…

lepas makan, terus gi kat reception.
nak mintak map ke tempat tempat menarik sekitar kundasang nie.
diorang memang dah stand by ngan map comel nie.
so senang la nak buat panduan gitu.
sok kalau ko datang sini, ko mintak je map kat dema eh..

pastu sessi photogewdix la apa laie.
aksi melompat adalah aksi wajib.
sumpah berkeping-keping encik z snap.
aku letak yang paling molek yo.
walaupun terkapai kapai menggelupur je romannya.

gambar lain pun aku letak sikit sikit je la eh.
nanti yang lelain aku campak kat facebook sana.
tu pun kalau aku rajin yo. ku bilang kalau.
kalau takdak muncul-muncul gak, maknanya aku pemalas tahap unta padang pasir la tuh.
ko jangan fokus kat muka kami anak beranak.
ko fokus kat pemandangan belakang tu eh.
sumpah wa cakap lu. sangat indahhhhhhhhhhhhh

ok cukup cukup. banyak lagi agenda kita nak tempuh nie.
nie jalan nak menghala ke bilik kitorang.

eh tapi macam cantik la plak pokok-pokok kat belakang bilik nie.
jom lah round seround dua lu.

ok dah cukup.  packing barang.  terus gerak gerak khas.
check out.
i love this photo soooo much!
sekali lagi, fokus pemandangan belakang tu.
gabungan pokok, jalanraya dan gunung kinabalu.
perghhh… saujana mata memandang!

last kopek gambar 3 of us di depan kinabalu pine resort.
bye bye kinabalu pine resort.
insyaAllah panjang umur, aku nak ke sini lagi.
sebab ada beberapa tempat yang aku tak sempat nak bawak yaya ngan encik z pegi. kekangan masa 🙁

20 thoughts on “Berposing Sekitar Kinabalu Pine Resort

  1. stay kat pine resort ke..kalau kat perkasa hotel bole nampak lg jelas puncak kinabalu..view kat luar tgk pun cantik sgt dr dlm bilik..tak caya tanye bean sbb dia dah penah stay kat perkasa hotel..

  2. dulu masa first time gie KK..terkejuit dari tido..tetibe tgok kat luar dah terang..takut terlepas bekpes & van hotel yg nk bwk kitaorg gie filipino market & gaya street..terkusap2 mata tgok2 bru jam 6 lebih..bru teringat ghupanya aku disebelah timur mesia daaaa… 😉

  3. Wahh..bes sungguh la Kundasang. Tk sbr nak pegi bln 1.
    Eh..sori..lupa nak bg salam.
    Salam utk mya.. jalan2 tgk blog mya pasal Kundasang ni sbb sy pun nati bln 1 nxt year nak pegi. Alah..bes nya tgk gmbr2 ni. Tk sabar. Tak sabar :))

Comments are closed.