Beg Hush Puppies berharga RM99

aku memang ada simpan perasaan nak beli travelling bag.
sebab beg yang sedia ada sudah hazabbbb…
dah melembik dan tercompang camping di sana sini.
ntah berapa tahun punya beg tu. cap ayam.
dah diheret ke sana ke mari, harus laaa kedaung sudah.

hari tu gi the mall. nampak ada promotion.
beg hush puppies cuma RM99 jer.
va va va… harus mencanak-canak perasaan nak membeli.
so beli la.

ada warna hitam ngan maroon.
aku amik warna maroon.

nak kata besar nauu beg ni idak ler.
dalam gambar nampak besar kan.. tapi tak..
cam nak travel sorang dengan tempoh perjalanan yang singkat molek la kot.
ah tapi tak kira, nak jugakk beli walaupun tak tahu bila tahun nak travel sensorang nya pon..

tapi kat dalam tu boleh ditarik jadi besar sikit.
pastu ada banyak gak poket poket ko boleh sumbat itu ini..

so sesapa yang nak beli travelling bag, boleh la terjah ke parkson the mall sana.
tapi kalau tetiba ko terjah, nan hadoo plak beg nya, jangan la plak maki aku eh..
aku pun bukan tuan punya the mall. heh.

8 thoughts on “Beg Hush Puppies berharga RM99

  1. hush puppies? biar betul.. masa terdesak mencari, susah pulak nak cari.. itu yg main sambar je apa yg bekenan.. lagik mahal, tp cepat jahanam..!! nape tak belikan lebih..

Comments are closed.