Ada Jugak Yang Tak Paham Bahasa

sudah terang lagi bersuluh statement di atas nun.
tak reti baca bahasa melayu, haaa bahasa inggeris pun ada tu haa..
kalau dedua bahasa pun ko tak reti, ko tengok gambar tu boleh tak?

dah naik flight dan erl bagai nie, aku rasa ko bukanlah jenis stok stok cap ayam kan.
paling-paling cap kangaroo la kan. ok tak kelakar.

dah la kaki bau longkang. mengaum satu gerabak tu.
sempat aku ceramah kat yaya, jangan dibuat perangai gini tak kira masa kecik nie, apatah lagi dah besau besok.
keji nauu..

gambar dirakam masa perjalanan piulang dari klia ke kl sentral masa balik dari KK hari tu.
yer yer yer aku hutang entry KK.
bila nak update taktau. haiyaaa… komengaaaaaaa…

14 thoughts on “Ada Jugak Yang Tak Paham Bahasa

  1. slalu kena mcm nie kak..
    nk2 zaman2 nek erl dlu..
    lagik sedap kalo yang pakai kasut tutup tapi tak berstokin..
    skali keluarkan kaki, mmg bleh pengsan baunya..
    hidung diorang tersumbat kot..
    takkan lar tak bau sendiri kan..
    ish, xphm btul org mcm nie..

Comments are closed.