Tolong! Orang Minyak Masuk Rumah!

selepas lebih 2 bulan aku dengar encik z dok memekak mekak kata nak gunting rambut bagai, hari ahad lepas haaa baru lah sempat dia nak pi jumpa pak barber.

masa nie kebetulan pastu kitorang nak keluar gi jalan-jalan isi masa sempena setahun pertunangan tu la…

dah lepas dia habis gunting rambut, dia pun tunggu aku kat bawah jasmine.
aku pun turun. tiba-tiba nampak dia.
wuwuwuwu bapakk haihh pendek rambut dia potong.

before this penah je dia potong pendek. tapi rasanya tak penah cam sependek nie.
sekali pandang cam rupa askar pun ada. macam polis bantuan pun ada.
tiba-tiba polis bantuan kan.. hik hik…

dah la dia tu hitam. ok ok manis sikit. gelap.
dengan muka parut parut segala. badan dah macam badang.
botak pulak. dah macam perompak dan penjahat jer aku tengok.

tiap-tiap pagi kan… lepas aku keluar bilik air mandi, mesti aku jerit
‘tolong tolong orang minyak. tolong tolong perompak’
hahahaa.. tensen je pakcik tu…

pastu sebab nak balas dendam kan, malam tadi masa aku tinggalkan netbook kejap, encik z udah pandai-pandai tinggal komen kat entry nuffnang aku tu..
ada ke dia tulis kata aku nie pengentut. chaitttt…

tapi semua pun sebab gara-gara lately nie aku kuat kentut la uolls.
hangin penuh satu badan. jap jap prot prot. jap jap pret pret.
agaknya dia dah tak tahan la tu. tu yang terus mengomen kat blog aku.

sebab being him, dia mana penah pedulik pun dengan blog aku nie ha..
dia tak macam husband dan boyfren korang.. nak apa-apa tulis je kat blog, mesti diorang layan kan..
aku nie takder derrrr nyerr….

18 thoughts on “Tolong! Orang Minyak Masuk Rumah!

  1. hik hik hik.. laki kami pun tak peduli pasal blog.. sebab tu lah dulu2 masa tempoh perkenalan rupa2nya dia baca blog kami pun kami tatau..

  2. senasib la kita kak bakal laki sy pun tarak pedulik ini semua…tak per kita tetap masih ader satu sama lain..akak ader sy,sy ader akak..so sy komen akak,akak pun komen sy balik…

  3. hohoho..coi pn da botak
    ari tu lagi time bulan pose licin ko dia cukur
    geli aku :p
    skrg ni da bleh terima hakikat suamiku berkepala botak
    huhu rindu rambut panjang dia

  4. laki aku silent reader… dia just baca je apa yg ada dlm fb or blog.. komen2 ni bukan stail dia.. klu nak comment dia terus call & speak direct! puas ati dia

  5. bab2 pengentut nih orang kita jer yang rasa malu ape ke..kalau orang omputih..dorang tak kisah..sbb katanya lagik baguss..hehehe itu yang penah aku dengo lah 😉

Comments are closed.