Tertewas

semalam aku sudah tertewas.
bukanlah tewas di medan peperangan ke hapa yer.
tewas berpuasa. mak dah datang bulan noksss…
tapi harap-harap sempat la bersih before hari raya nanti.

pagi nie bangun aku setel kerja rumah sikit.
mesin baju, sidai baju. basuh pinggan. iron baju.
masak nasi, goreng ikan masin & telur. lalu makannnn…
sib baik encik z tengah tidur lagi, so takde la rasa bersalah ke hapa kan nak makan depan dia.. ememmeme..

jangan keji bawang putih yang aku goreng tu yer.
memang rupanya hitam hitam si tampuk manggis, aku saja je goreng garing-garing.
baru layann nak gigit krup krap krup krap bunyinya.

ok sekarang aku nak gi mandi.
sebab hari nie akan melalui hari yang panjang.
pasni nak gi keramat jumpa shida jap.
pastu nak terus ke medan mara amik baju raya.
nak gi jalan TAR cari brooch sambil menyibuk-nyibuk nak tengok keadaan kat jalan TAR. aterrr tak puasa kan, so kalau haus leh glupp glupp minum air.

dari jalan TAR nak terus zass ke rumah fin kat kepong.
dia ajak berbuka puasa kat rumah dia. walaupun aku tak puasa, lantak. fedulik hapa.. janji leh gather together-gether..
pastu dari rumah fin cadangnya nak ke midvalley cari sandal raya aku.
nak nonton movie filem piranha.
dan lepas nonton nak gi uptown danau kota plak.

wowowowwoo… pack tak jadual aku hari nie?
dan minggu terakhir puasa kann.. kita kasik lenjan laaaaaa….

korang hari nie buat apa lah?

8 thoughts on “Tertewas

  1. alaa, sy baru balik dr jalan TAR..
    kalau lambat sket, mesti terserempak kan?
    (walaupun kebarangkalian utk terserempak tu cam satu dlm sejuta.. hehe)

    p/s: kita nye menstrual cycle lebih kurang la kak.. =D

    • meramai gila maknosia kat jln TAR kan yang.. pening akak dibuatnya..
      akak mmg dh bajet timing period ni.. minggu terakhir, so shopping teruss hehe

    • huk huk.. tau tak molek makan selalu.. tapi takde cili padi cam tak lengkap je pola pemakanan ku..

Comments are closed.