Sabtu Membawa ke Ahad

korang rasa perancangan aku yang dalam ENTRY NIE berjaya tak agak-agak?
ye la selalu pun kita plan yo yo o tapi end up ada je yang tak menjadi kan.
nama pun plan. lain la kalau ko boleh meramal masa depan.
nampak apa yang jadi, apa yang tidak. ini PLAN.

tapi suprisingly, semua yang aku plan tu menjadi.
cumanya nak ronda-ronda kat midvalley je cam terbatas masa.
sebab terlajak melepak lama kat rumah fin. tapi tatap sukses sukses.

so kita mulakan.
dari keramat, terus ke medan mara mau kutip baju raya.
sib baik dah siap. sebab nie kali ke tiga dah aku datang tau.
2 kali datang tak siap-siap walhal janjinya sebulan sebelum tu dah siap.
dah try-try test semua, zip plak ada problem.
kena tunggu setengah jam dia tukar jahit zip semua.
tunggu je la, nak datang lain kali bila nya pun…
so siap baju raya ku he he he..

pastu terus menapak ke jalan TAR.
bapakk ramainya maknosia. semua sesak sesak tolak-tolak.
jalan dari hujung ke hujung cuci mata sebab memang dah set dalam kepala takde apa pun nak beli kecuali brooch.
walaupun brooch tu boleh je beli kat tempat lain selain jalan TAR kan.
nak jugak sibuk-sibuk kat situ :p

kat tepi jalan tu, nampak ramai orang tengah q kat khemah PBSM.
ingatkan kot nak derma darah ke hapa.
rupa-rupanya PBSM ada bagi juadah berbuka percuma kat orang ramai.
taktau la makanan hapa. tapi panjang oh q.
terbukti rakyat malaysia memang suka benda-benda free. heh.

brooch yang aku beli. nak pakai dengan kebaya kaler hijau bunga-bunga pink.
RM28 untuk 3 ketul. murah kan? eh ada diskaun lagi. tinggal RM23 jer.
tapi jangan ko tanya kedai apa namanya. yang pasti kat jalan TAR tapi aku tak ingat nama kedainya.

dari jalan TAR, masuk ke hypermarket sogo mau beli buah nak bawak ke rumah fin.
aterrr takkan ko nak datang lenggang kangkung terus makan je kan.
kena la bawak makanan sikit buat tambah-tambah.
aku beli buah tembikai merah dan kuning separuh-separuh.
pastu terus zass ke kepong sana.

first time aku gi rumah fin nie. so harus sesat barat juga.
dan akhirnya selamat sampai.
cerita kat rumah fin entry lain eh. ada banyak gambar.
so macam biasa, sila sabar menanti.

gerak dari rumah fin kul 10.30 malam. sampai kat midvalley kul 11 malam.
ada show kul 11.30 malam untuk filem piranha.
nie pun entry lain ek… sebab aku nak review pasal piranha nie.
cehhh review la sangat. walaupun haussss review ko normaya. tehtehteh..

aku saja la jenguk ke jusco kot-kot extend masa operasi ke.
tapi dah tutup. oh sedih. so terus bawak diri ke metrojaya.
ke bahagian kasut. try test. amik saiz. terus bayar.
shopping kasut 10 minit jer. tapi sandal nie memang dah lama aku aim dah.
dah lebih lapanploh kali dok ulang tengok.
so takde pikir panjang, terus sambar je lah…

so inilah sandal raya saya. jenama sembonia berharga RM99.
jika berminat, sila dapatkan di store sembonia berdekatan anda.
sedondon dengan beg CARLO RINO aku hari tu kan…
poyoss.. :p

usai nonton piranha, kami terus ke uptown danau kota.
dah dekat kul 2 pagi pun manusia melaut kooo…
datang sini pun aku takde la aim nak beli apa. saja la jalan cuci-cuci mata menyemak.
tapi taknak pulang dengan tangan kosong, so aku beli sling bag cap ayam nie untuk yaya. senang nak simpan duit raya nanti..

dari uptown danau kota, singgah sahur kat ali maju. entry lain jugak.
pong pang pong pang itu ini… pukul 4.30 pagi baru dapat letakkan kepala ke bantal. oh syurganya tidur……..

14 thoughts on “Sabtu Membawa ke Ahad

  1. soping jgn tak soping…selagi tak cecah pagi raya..ada jer benda nk membelinya…hahaha!..hazab yg hamat kt TAR…ai tawaf start depan sogo pusing belakang dang wangi cari parking…uiii seksa. plan nk naik kenderaan awam sonang tp sebab fikir kang balik nk berjinjing plastik kiri kanan kan nk ke station..redha jer la..

Comments are closed.