Piranha

ramai gila okeh orang gi nonton filem piranha nie.
penuh panggung. aku kira bernasib baik gak sebab sampai turn nak beli tiket tu, seat untuk reservation dah direleased.
ngam2 ada 2 seat kat tengah-tengah belah atas.
lepas tu dah yilek pocik dah.

ok tajuk pun piranha kan. of coz la cerita pasal ikan piranha.
takkan cerita pasal ikan kembung atau ikan tenggiri pulak.
kira pelakon utama filem nie ialah ikan piranha yang beribu-ribu itu.
mesti dorang dapat bayaran banyak kan. *tiba-tiba.

ok ceritanya cenggini. ikan piranha nie semua adalah spesis yang udah pupus lapanploh tahun yang lampau.
sepatutnya dah pupus la. tapi ada saki baki yang i will survive.
so mereka sudah hidup bawah tasik punya tasik.
kira lapisan ozon tasik yang ke 2. yang dipisahkan dengan tanah.
dorang survive dengan berlawan dan memakan each other.
ok no good no good.

so di satu hari, sudah berlaku gempa bumi kat bawah tasik itu.
jadi tanah sudah merekah. lalu keluar la mereka bertebaran mencari mangsa.
kebetulan masa nie spring. so anak-anak muda semua dok berparti pesta kat tepi tasik.
ok patutnya filem nie tak molek dinonton di bulan puasa.
banyak nauu adegan tetek memboleng-boleng dan aksi bontot menggelek gelek.
tiap kali keluar adegan gini, cecepat aku katup mata encik z.
walaupun mata aku sendiri terbeliak beliak. ha ha ha.. *motipp gelak?

ok teruskan.
so piranha-piranha nie semua pun berpesta jugak la menggigit dan membunuh semua anak-anak muda remaja yang berpesta tak hengat donia itu.
polis dah bagi amaran suruh keluar dari air, tapi semua mendegil.
so rasakan korang kena gigit dek piranha.

dorang punya effect bagus la.. cer ko bayangkan, ko dah kena gigit.
isi-isi daging semua dah takde. tetiba tinggal tulang je.
tapi ko masih bernyawa. cena tu? memang gelik tengok daging manusia besepahan merata alam. yek yek yek…

filem nie pendek je. cuma 1 jam 18 minit. tapi adalah terhibur.
typical cerita mat salleh tapi takde la rasa buhsan ke hapa.
aku rasa memang rakyat malaysia suka filem-filem genre begini kot.
tu pasal panggung memenuh.

ok korang, sila nonton jika mau menyaksikan ikan piranha yang kejam menggigit dan membunuh maknosia.
agak-agak tak puas hati, ko maki je piranha tu.
sebab diorang tak boleh maki ko balik. *ntah apa-apa.
3 bintang setengah.

P/S : aku tak nonton yang 3D. aku nonton yang biasa punya jer..

4 thoughts on “Piranha

Comments are closed.