Penghujung Ramadhan 1431

hari rabu lepas aku half day.
pukul 1 tengah hari terus berdezupp ke segambut sana.
jumpa mertua ipar duai maa…
salam kasik duit raya bagai semua.
mesti la ai balik raya taiping uolls.
tiap-tiap tahun kena balik taiping eh encik z..
alaaa… u tu kat segambut je. sekentut dah sampai.
kita suami isteri mana leh berkira kan kan kan…… :p


: : baby shazwani yang beraya di kelantan : :

2 petang gitu udah gerak membelah samudera.
traffic adalah ok. tak jem langsung-langsung.
kul 5 petang udah selamat berada di bumi taiping.
amik mama & yaya kat rumah tok, pastu terus balik TLJ.

menu berbuka di hari itu.
kalau aku, bagi nasi panas ngan ikan goreng + sambal belacan tu pun dah layan dah…. takyah lauk sampingan lain.. tatapp kenyang.

besoknya. pagi-pagi lagi yaya dah ikut mama gi rumah tok.
nak masak-masak kata esok raya kan..
aku lak kat rumah jer, kemas-kemas mana yang patut.
tapi banyak melepak dari mengemas. hohooo…

lepas zohor keluar pi giant beli barang-barang dapur sikit.
pastu terus ke pekan mau mencari capal encik z.
boleh plak dia lupa mau membawa capal.
pakai baju melayu, kena padan dengan capal, baru lah masyukkk gitu.

jalan-jalan kat bazar ramadhan nengok nengok makanan.
tapi tak banyak sangat dah pun..
orang pun sibuk dah memasak kat rumah gamaknya.

encik z terpesona dengan ayam golek nie.
so kasik beli.. RM16 sekor.

malam raya tu boleh aku dilanda migraine yang maha hebat nya.
lepas berbuka, solat maghrib.. terus aku baring.
dengar la yaya ngan encik z dok prong prang prong pang main bunga api kat luar.
berat gila kepala oh.
so takde la kenangan malam raya aku tahun nie.
tertidur terus sampai la ke pagi raya nya.. huhu…

oh, ini gambar lama.
macam mana lah solat nampak lengan caca oiii…
caca raya kat raub tahun nie.. sob sob…

itu adalah cerita saya. di penghujung ramadhan tahun ini.. 🙂

2 thoughts on “Penghujung Ramadhan 1431

Comments are closed.