Blog Maya Dot Com

Open House RedMummy

sabtu lepas lepas aku gi VA, beraya kat rumah kakred.
waktu jemputan antara kul 10 pagi – 12 tengah hari.
so harus pergi ikut masa yang ditetapkan tuan tanah.

sampai-sampai terus capai pinggan amik makanan.
ada nasi tomato, ayam masak merah, rendang daging, kari daging, lemang, bihun goreng, nasi himpit, buah tembikai, air oren.
sambil-sambil makan sambil-sambil borak ngan kakred bila dia free.
aterrrr mesti la dia membz dok layan guests bagai kan.

antara tetamu yang hadir. GBM. harus depa pun ada kan.
cuma dilla & rose je takdak sebab ada hal kekeluargaan gitu.
yan yang comel suwit muwit. dan sid.
dan juga ayuuuuuu angkat jemuran :p

mira, leen & lyn yusoff.
selalu gak nampak diorang dalam blog kakred.
mira & leen rasanya aku pernah jumpa masa wedding ceera.
lyn yusoff plak pernah jumpa masa kakred menang astro beyond pvr kat midvalley dulu.

dah puas makan, borak-borak gelak gelak, tak gheti-gheti nak balik ke kan..
tengok jam belakang tu pun dah dekat kul 12 tengah hari.
waktu untuk jemputan lain plak 🙂

masa nie tengah mengagum dengan perfume kecik-kecik kakred buat hiasan kat depan rumah dia.  rajin oh dia.  aku  nie botol-botol perfume semua campak buang hehe.

yang nie double mengkagum.  koleksi kasut-kasut kakred.
cer ko kira yang kaler merah je dah ada berapa.
tu yang ada kat situ. yang kat office, yang dalam kereta lagi.
aku nie kasut kerja tak sampai 10 pun. hikss.. bedal je apa yang ada sampai koyak rabak.

ini kali ke 2 dah aku gi rumah kakred. sekali dulu masa aku gi rumah ahyue.
kebetulan kat blok yang sama. so aku main terjah je la. sib baik tak kena maki hehe.

ai yang bersedondon.  suwit betul rasanya diri ini. awww…

petikan dari blog kakred :-

kita ada Normaya dan suami….maya yang skang wuii mulut bukan main laser lagi dalam blog. aku tunggu gak mana ke dulang hantaran aku, eh eh ko tak bawak Mya? pastuh…oi apa datang beraya pakai jeans nih? baju raya ke main susun dalam blog dari palestine lah, dari Hadnyai lah, ijau pink2 lah…tapi datang pakai jeans??

11 – 0

ehehheheehee

hahahaha…..

memacam la ko nie kak. laser nauu ke haku eh korang ? ? ?
eh eh eh… sori la yer kalau aku ada terlaser melampau lampau dalam blog nie.
walaupun laser tapi aku baik tauuuuu… try  me. ekekkeke…

untuk kakred, tq for the invitation. adalah satu penghormatan yang besar untuk aku datang ke open house seorang blogger tersohor macam beliau.

me love u kakak. insyaAllah akan terus bersama walau dalam keadaan suka dan duka.
cewah…

    8 thoughts on “Open House RedMummy

    1. Lyn Yusoff

      hi Maya..
      nice meeting u during kak red’s open house..
      time tu malu2.. segan nak tegur..
      eermmm kita pernah jumpa erkk..
      lyn pun tak ingat..
      anyway.. keep in touch yer
      take care 🙂