Makan-Makan di Port Dickson

open house pertama yang aku attend untuk raya tahun nie.
kejadian berlaku masa hari malaysia hari tu.
tapi sebelum ke open house yang bertempat kat port dickson tu, aku ngan encik z singgah segambut lu.
lepas lepak kejap dan mentekadarah roti canai, baru gerak gerak gerak khas ke port dickson.

yer yer port dickson kat negeri sembilan yer u olls.
tuan tanahnya adalah si payiet dan sekeluarga.
pakal la dia nie memang member baik aku, kental la aku ngan encik z gi sampai port dickson sana. kalau dia kawan suam-suam kuku, koserrrr haku tau.
hek hek hek.

dalam sejam gitu dah selamat sampai dah.
dato sri dan puan sri lain yang ada ialah hizwan zura sekeluarga, man sekeluarga,
nok dan cupi, kakdill & anak-anak, nikolas.
tak sempat bergambar together din sekeluarga, azmi sekeluarga ngan ajak sekeluarga sebab memasing dah ke mana-mana ntah.

dari makan proper, sampailah makan tak proper.. terus duduk bersila nie.
makanan adalah super duper banyak. boleh ulang sebanyak lapanploh kali.
dijamin takkan dimaki oleh payiet maupun keluarganya.
so makan sampai santak. tapi aku makan sikit jer. diet diet.
kakdill kata aku kelihatan kurus… wuwuwu sukerrrr..

nie yayash.  anak wan & zura.
comell gilaaa ohh.. dah la behave sangat.
senyum-senyum nakal cam ala-ala jinak merpati gitu.
budak-budak gini la yang aku suka sangat.
rasa ingin ku bawa pulang.

budak-budak yang menakal melompat sana sini panjat sana sini, memang puh lease laaaa tolong jauhkan dari haku.  hilang kesabaran ok.
tak pasal-pasal aku maki budak tu, terus kena tikam ngan mak budak tu plak kan.
aku ni sah-sah la kojol terus.
yang mak budak tu? kalau tak kena penjara seumur hidup, mesti ke tali gantung.
apa plak nasib budak yang menakal lompat sana sini tu?
tak ber emak. dan silap-silap ber emak tiri. kesian kan…

dah lepas kenyang makan semua, budak-budak pi mandi kolam.
mak ngan apak budak tengok je la jaga anak memasing.
kejiii nauu kalau mak apak pun nak terjun sama.

kengkawan laki aku nie nampak je masing-masing cam rock kontrol macho.
tapi mempunyai hati seorang ayah begitu mulus dan kudus ok.
kudus peginya… balun.
beruntunglah isteri-isteri mereka ini.
tapi korang jangan la plak depan isteri je kemain pijak semut tak mati.
kat belakang ko buat onar plak dengan pompuan lain.
tak selamat ok. takkan selamat..

nie ikhwan. eh eh bukan yang tua kabana tu.
yang tua kabana tu kakdill tol pagal hei.
yang comel menembam tu la ikhwan. anak kepada jalina merangkap anak saudara si payiet.
gila tembam kan. gerammm betul aku cubit cubit pipi dia.


: : mya, ikhwan, kakdill, yiet, nikolas : :

sebab begitu tergoda dengan ikhwan, terus snap gambar dengan beliau tanpa henti-henti. sampai dia pun sudah naik hantoooo.
hamboii kekecik awak dah pandai naik hantoo ek?
ikut pangai sapa nie? mesti pangai paklong yiet kan?

tq to payiet, mama nya, babah nya, fazirah dan jalina di atas jemputan ini.
aku kuchiwa sebab keterlupaan nak snap gambar ngan dorang. tsktsktsk…

suka la dengan gambar nie. cam aku tengah pujuk ikhwan.
tidurlah sayang… gitu…
bila aku nak ada rezeki dapat anak lelaki nie?
insyaAllah ek… korang doa-doakan lah aku. 🙂

12 thoughts on “Makan-Makan di Port Dickson

  1. mmg sihat tembum budak ikhwan tuh kan…bape tahun?..minggu nie dan seterusnya selagi tak abeh syawal penuh ngan marathon open house.. 😉

Comments are closed.