Kisah Yaya Di Hospital

This is to confirm that the above named has been admitted to this Centre on 27/08/2010 because of BILATERAL OTITIS MEDIA with RIGHT MIDDLE EAR EFFUSION and LEFT EUSTACHIAN TUBE DYSFUNCTION.

Surgery – BILATERAL MYRINGOTOMY with INSERTION of VENTILATION TUBES UNDER GENERAL ANAESTHESIA with DIAGNOSTIC ENDOSCOPIC EXAMINATION of NOSE and PHARYNX UNDER ANAESTHESI.

hari jumaat minggu lepas.  tengah hari aku berdesup balik taiping.
pagi tu yaya undergo minor operation sempena penyakit di atas.
eh bukan la penyakit kot; tapi lebih kepada jangkitan gitu.

aku terpaksa balik lambat sebab kena uruskan GL.
hospital kata begitu, office aku kata begini.
mula-mula tu memang frust la sebab kena berkejar kejar.
tapi bila fikir-fikir balik, itu semua pun prosedur. so kena accept as it is la..
alhamdulillah, semua pun selesai.

aku sampai TMC pukul 5 petang. yaya dah sedar dari biusnya.
tapi masih mamai-mamai lagi..

sempat jugak aku suh dia pose dengan baju hospital nie.
macam baju taekwando plak aku tengok. so somelll 🙂

pukul 6 petang, mama gerak balik.
sebab kaklong & tok ada kat rumah. kang nak berbuka apa plak diorang.
so aku stay dengan yaya saja kat hospital.

sebelum operation, yaya kena puasa start dari 12 tengah malam.
pagi nya operation, ubat bius sampai ke petang..
mau nya dia tak lapar. so bila makanan sampai petang tu, ada nasi, sayur kobis, rendang ayam dan 2 potong epal hijau.

semua pun dia makan licin kecuali nasi je dia makan separuh.
nasi separuh dia dan kuah rendang tu la yang aku buat berbuka puasa..
nak order makanan, kang kena caj plak. koserr la nak ngabiskan duit. huhuu..

sesambil dia makan, aku layan tv. jangan kata aku kejam tak suap dia plak ek.
dia yang nak makan sendiri.  sib baik ada tv gak dalam wad 4 bedded nie.
kalau takde, haruss kebosanan…
dah la line internet very the melembap tahap siput berjalan di padang pasir.
so tak koserr nak online bagai.

usai makan, layan yaya baca buku plak.
sib baik gak la mama bawak banyak stok buku nak baca.
takde la boring sangat dia.

sebelah malam, kaklong datang bawak caca.
sekalian dengan paknjang maknjang dan faiz.
caca sampai-sampai terus panjat katil, baring-baring.
sabar je la..

e

pagi sabtu tu aku bersahur makan mee goreng mamak.
kaklong tapaukan malam tadinya. tapi tak berapa nak lalu u nak telan.
3,4 mulut aku dah tak boleh nak pegi. so ke tong sampah la peginya.
minum air masak, lepas subuh aku tidur balik.

mama awal-awal dah sampai nak amik kitorang.
tapi kena tunggu sampai kul 12 tengah hari gak untuk dokumentasi.
dan alhamdulillah… lepas tu yaya dah boleh keluar wad 🙂

mungkin ada yang tak faham bahasa kedoktoran kat para atas tu.
ok disimple kan cerita, actually yaya sebulan lepas selalu mengadu sakit telinga.
ditambah plak dengan dia asyik tak dengar je bila orang panggil.
lebih-lebih lagi kat sekolah dia la..
lalu cikgu sekolah dia mintak la mama bawak yaya gi jumpa doktor.

lepas doktor cek punya cek, ada sekumpulan lendir kat belakang gegendang telinga dia. kena buat minor operation untuk buang lendir tu.
doktor tebuk lubang lalu lendir tu semua disedut.

punca? antaranya disebabkan air yang masuk dalam telinga, selsema/sinus yang tak dibuang habis. tau la budak kan, dok sedut sedut..
so cecair tu semua berkumpul belakang gegendang telinga nya.
gitulah serba sikit ringkas kisah si yaya nie.

thanks pada semua yang call, YM, email, FB, sms.
sorry aku tak reply kesemuanya. masa tu fikiran ada kecamuk jugak.
tapi perchayalah, aku sangat-sangat menghargai keprihatinan korang… 🙂

16 thoughts on “Kisah Yaya Di Hospital

  1. Alhamdulillah Yaya dah sihat.. lepas ni kena hati2 lah..

    kami rasa org dewasa pun boleh jadi sbb ada satu jangkitan tu telinga akan keluar lendiran mcm nanah dan bau tak best..

    owh Caca tuh menyeksi sungguh dah la macam lagi besar dari Yaya.. hik hik

    • aah, org dewasa pun blh kena gak tau.. so berhati2..

      caca berat dia 20kg tak silap kami. yaya dlm 17kg gitu

  2. yaya strong girl la.. happy dgr dah discaj.. bleh happy raya.. tetiba rasa risau sbb kalo lepas mndi mmg susah nak lap najmi smpai kering.. nk pkai pampers pun kena main kejar2.. tp mya jarang kan story pasal yaya kat belog ni.. besar dah yaya

    • aah, jarang cerita pasal yaya sbb dia tak duduk dgn i kan..
      sebulan sekali jumpa, baru ada cerita 🙂

  3. suker tgok pic 1-2 yaya tuh..pakaian putih plak tuh..dah ghupa cam awek korean jepun plak..comel pesen rambut cam tuh 😉
    pe2 pun alhamdulillah segalanya selesai dan sihat hendaknya lepas ini..

Comments are closed.