Kisah Kasut

balik taiping hari tu gigih aku basuh kasut-kasut yaya.
dah hitam berdaki nauu aku nengoknya.
ye la, nak harap mama.. orang tua kan. bukan terfikir dan larat sangat.
nak harap yaya, lagi lah… kecik nauu.. lagi la ada dia kisah.. gitu..
tapi nanti kena ajar dia jugak la kan basuh kasut sendiri.
tahun depan dah darjah 1 dah. ermm..

sandal bunga putih tu dah hazabb nau aku tengok.
tapi tu sandal favourite dia pi kelas fardhu ain.
nanti la mommy beli sandal lain ek ya…

kasut raya tahun nie untuk dia aku beli kat parkson the mall sana.
jenama evado. masa mula-mula nengok kasut nie aku dah terpedaya.
sebab rasa comel dengan lubang-lubang oksigen.
pastu tengok jenama evado. cam ala-ala nan adoo gitu kan. so harapan semoga harganya murah.

tapi tidak ok. mahal… RM49.90. bagi aku mahal laaa…
korang lain la, korang kaya. aku kayap.
tapi sebab minat sangat, kasik pejam mata beli jugak zass zass..
dan lepas tu baru terfikir, rasanya evado ni adik-beradik dengan emilio valentino ke hapa.. sebab sepesyen kasutnya.
dan kasut-kasut emilio valentino pun harga range begini.
harap-harap berkualiti dan tahan lama la kann…

aku pun beli kasut jugak. eh bukan kasut. sandal.
carlo rino. tapi nie bukan kasut raya laa.. nie kasut basahan untuk tinggal kat office. so nanti kalau nak menapak ke sogo ke, jalan TAR ke, leh sarung sandal nie je. takde la kaki aku berkudis melecet sebab pakai heel menapak kemain jauh kan…
lagi piula sandal nie murah je tau. lepas diskaun tinggal RM34.50.
haaa berbaloi baloi kan…
pada yang taktau, aku nie selain suka warna pink, aku jugak suka warna gold. 🙂

kasut raya? uishh pastilah ada…


ek eh… gambar kasut lupa nak transfer dalam draft.
korang tengok kotak dulu la ek….

2 thoughts on “Kisah Kasut

  1. comel jep tgk kasut si yaya 🙂
    sis sandal carlo rino tu cun la!
    msti sdap je pijak kan
    kie-yu pun ada rembat dari LARRIE
    RM20 jep
    beli utk menapak gak la
    macam pijak bantal je rasa

Comments are closed.