Kacip Fatimah for RM1.65 Only

masa gi hypermarket sogo nak beli tembikai tu kan, aku gi kat bahagian air.
kata tak puasa, so harus beli air untuk glupp glupp…
pastu kan, nampak ada promotion jualan minuman kacip fatimah nie.
RM1.65 setin.
woh. murah okkk… kalau kat kedai biasa RM2.50.
kalau kat 7 eleven RM3.00. kan banyak bedanya itu dong..

memula aku amik setin je, pastu up 2 tin, pastu up 5 tin.
bila encik z datang, terus dia suruh up 10 tin. baru RM16.50.
kalau beli kat 7 E, dah RM30. tul tak? so penjimatan berganda di situ.

encik z memang sedia maklum aku memang suka glupp glupp minuman kacip fatimah nie. selain warna pink yang memikat sukma, rasa nya yang lazat dan paling penting memberikan energy okk..
taktau la korang. tapi bagi aku, bila minum memang lebih bertenaga dari biasa.

hello hello… jangan korang ingat asal sebut kacip fatimah je tertuju kat hubungan seks semata yerrr… ini more to energy ok. diulangi energy!
teringat dulu, masa pergi camping kat hutan belum, aku bawak 2 tin kacip fatimah nie. boleh si ali & fay dok kekek-kekek gelakkan aku.
‘mya, nanti kalau gersang malam-malam sapa nak jawab?’
ewah ewah ewah…. terkonaaaa je otak korang ek…

so pada wanita-wanita yang di luar sana, yang gemar minum air kacip fatimah nie, untuk penjimatan berganda sila lah ke sogo sana sementara stok masih ada ya.
gagagagaa…

4 thoughts on “Kacip Fatimah for RM1.65 Only

  1. kami pun suka air tuh.. masa bujang2 dulu selalu beli.. cam berangin2 sket.. tp lepas kawen sbb ngandung kami stop lah.. keh keh

  2. huhu.. sini tak ado sogo.. rugiiii rugi.. dn i penggemar minuman kacip fatimah kak.lom kawen. malam2 lom gersang lagi minum air tu… so lepuk 30juta kali sape suka cakap gersang memalam ni.. gersang study ado la hik3…

Comments are closed.