Blog Maya Dot Com

Di Pagi 1 Syawal…

tadaaaaa….
akhirnyaa… akhirnya uolls…
akhirnya setelah hari raya yang ke 13, barulah si mayah sopiah nie update cerita raya kan… sila bagi tepukan gemuruh yer..

raya tahun nie barulah kami sefamili bertema-tema.
sebelum nie mana la ada kann… ikut sedap tekak je nak pakai kaler hapa.
baju aku tu kain naza tolong belikan kat bandung, then aku hantar tempah.
encik z pakai baju awal muharram tahun bila ntah office aku punya.
so menjimat di situ.
baju kurung yaya beli siap kat first lady.
so ber maroon la kita hari tu!

sebelum bergambaran nie haruslah bersalam-salaman bermaaf-maafan gitu.
cam kureng meriah sebab kaklong sekeluarga raya kat raub sana.
kalau tak mesti lagi happening. sebab ada si caca waka waka.

cer korang perati muka yaya dalam gambar nie. cebek semacam kan.
sebab masa bersalam-salaman tu mama nangis.
so bila mama nangis, otomatik yaya pun ternangis sama.. hehe..
tahun-tahun lepas pun waktu salam-salam dia nangis.
emosi jugak awak nie ek ya.
tapi aku tahan ooooo…. namo la encik z nampak aku nangis.
kui kui kui…

suh amik gambar dengan opah pun dia tengah nangis lagi.
aku cam haipp haippp jangan nangis.
mama senyum je.. aku suka la tengok mama senyum. sweet.
terserlah lesung pipit beliau kan…

satu-satunya anak aku. dia lah racun. dia lah penawar.  haihh…
aku tak dapat nak bayangkan la kalau ada rezeki sok, aku dapat anak lain.
adakah boleh aku nak bahagi-bahagikan kasih sayang aku.. iskk..

macam pelik plak encik z berdiri belakang yaya kan..
patutnya semua kat depan lorrr..
tapi sokayyy la janji adoo.
aku ingat nak cuci besar letak dalam frame gantung kat rumah.
raya pertama kami 3 beranak oh..

dia nie pun racun dan penawar jugak.
hampunkan dosa ai ujung kaki ke ujung rambut ek..

lepas salam amik gambar bagai, terus yaya lari duduk kat luar.
sambung nangis dan layan perasaan gamaknya kot.
tak pun terfikir, kenapa every time raya je opah nangis? hehe…

harap-harap panjang umur tahun depan ada kesempatan untuk aku bersama mereka-mereka lagi berhari raya… insyaAllah… 😉

    10 thoughts on “Di Pagi 1 Syawal…

    1. Nur

      saat-saat bersalaman di pagi raya sesuatu yang indah..berjurai-jurai ayor mata..masa nih gak kalau nk tgok air mato jantan ganteng2 pasti gugur..ekeke!
      kalau 10 orang bersusun nak salam..sepanjang tuh gak air mato bergenang..lepas jer abeh..bru leh songeh2 usik2 nyakat2 adik badik…kdg2 tk sampai 10 minit dah wat dosa tau..leh plak jawabnya itu tahun depan punya raya bru leh mintak mahaap..hahahahha

    2. syana

      cucu opah sungguh kamu ni yaya 🙂
      tp comel muke dia nangis
      xdpt jumpa ko kt tepeng ari tu
      jenuh gi umah sedara mara tayang iman
      mokekee

    3. jue kawan sekolah ko

      oit maya… selamat ari raya utk ko 1 family… raya aritu aku balik tepen ingat nak cargas kaco ko kat umah ko tapi aku juga seperti ko, seperti makhluk jadian kekdahnya… lalu aku mencari sungai untuk bermandi manda di hari raya pertama…. sadis dowh!

      anyway… nampak sweet giler ko anak beranak bergambar… congrats beb… new family, new life and hope all the sweetness last forever… cha!