Blogger Pertama Yang Mampir Ke Rumahku

hari jumaat aku dok ber YM ngan si amy.
pong pang gossip itu ini. pastu dia tanya aku, bila nak raya rumah dia?
aku jawab maluuuuu… malu konon. pangggg sekalik.

oleh sebab aku kata aku malu, so dia plak tak malu.
dia kata dia mau terjah rumah aku.
aku ok jer. dengan syarat ko sedia hadap apa jer yang aku hidangkan.
ekekekke..

so pikir punya pikir nak masak apa la ni weyy..
aterrr selalu pun masak untuk makan sendiri. pastu skang makan ngan laki.
nie masak nak jamu orang tak penah ler lagi aku buat.
so ko la orang pertama aku eksperimen kan eh amy…

yang pantas dan mudah dan senang lagi mengenyangkan.
bihun dimakan bersama sup daging.
walau begitu, aku punya menggelupur macam nak masak untuk 50 orang.
walhal yang nak datang 5 orang jer. tu pun 2 je dewasa.
standard la aku. drama lebih. hik hik.

bihun sup daging dimakan bersama daun sup, bawang goreng & cili kicap.

aku up ngan tempe goreng. dengan harapan harap-harap depa makan la.
mana tau kot tak makan ke hapa kan. kalau tak makan, aku bedal je la sensorang muehehhee..

sirap ros sebagai penghilang dahaga di panas terik mentari.
sedap jugak eh sirap ros buatan aku nie. walaupunnnn… :p

untuk mencuci mulut, bibir dan lidah.
aku upkan buah tembikai. tapi sentap bila si zikry kata ‘kat rumah saya pun dah banyak buah tembikai auntie’
kui kui kui..

amy, zikry, zulfan & ika. bersama tuan tanah kedaung.

tq babe sebab sudi datang rumah aku yang ala-ala rumah burung merpati tu.
jangan serik nooo nak datang lagi.
dan aku harap ko anak beranak tak sakit perut la makan bihun sup daging aku tu.
kalau sakit gak, ko jangan maki aku plak kat dalam blog ko ek. kih kih kih..

12 thoughts on “Blogger Pertama Yang Mampir Ke Rumahku

  1. eeh, apasal aku taknampak tembikai kuning kat umah ko aritu…? tembikai kuning takdak kat umah aku… muahahahaha [sungguh kurang sopan adab si Zikri, nanti aku ajar dia hokeh…?]

    aku balik umah, alhamdulillah takdak lagi sakit perut cirit birit.. so kira passed la tu lenkali leh wat menu lain, aku sanggup jadi bahan eksperimen…

    so datang umah aku lak…

    • err err tu gambar buah tembikai lama.. aku kasik recycle tempek kt blog haha…

      okeh sib baik korang anak beranak ok ek..
      insyaAllah nnt aku try masakan baru plak hehe..

      tu la, nak gi rumah ko. nnt aku propose kat encik z 🙂

  2. kak.. saya suka bangat baca akaknyer blog.. kalu saya pening2 kat office mesti saya baca akaknyer blog.. heheheh tiap2 hari lak tu… release tention baca activiti akak… moga suksess yer…

    • adakah ini ma-e junior ku di vokay taiping dlu?
      jika benar, tq dik.. hehe.. terus bg sokongan akak berblogging ek..

Comments are closed.