Baju Raya Dari 3 Negara :-P

poyos nya tajuk entry ko mayah sopiah! kui kui kuiii…
ok ini adalah entry menciwi lite-lite..

baju raya aku tahun nie ada 3 helai semuanya. agak meng over.
tapi kasik cann laaa.. dah 4 tahun aku beraya tanpa suami.
memang 4 tahun tu aku tak fedulik sangat pasal diri aku bila raya.
cukup yaya ngan mama bertukar baju baru, aku dah senang hati dah.

aku sendiri selalu pun lagi seminggu nak raya gitu barulah terkedek-kedek pegi sogo cari baju raya. tema tema nie lagi lah nan hadooo..
semua baju asal molek sudah…

tahun nie aku beraya dengan suami baru. wah suami baru kata ko..
ada orang wish kat aku ‘semoga berbahagia bersama suami baru’.
semacam plak aku rasa. ah, tapi lantak lah.. suami lama ke, suami baru ke, yang penting S.U.A.M.I ku bukan suami mu. gittew konsepnya..

so tahun nie awal-awal lagi aku dah prepare baju raya oh.
baju yang pertama, berwarna maroon. didatangkan dari bandung indonesia.
kebetulan naza gi bercuti hari tu, so aku kirim sekalian.
aku buat kurung moden. eh ye ke kurung moden? ye kot. bedal je lah..

baju kedua, warna hijau bunga pink. di datangkan dari chiang mai thailand.
boss aku, JM yang hadiahkan masa dia gi bercuti bulan berapa ntah dulu.
tak ingat. tapi memang lama la aku simpan peram lepas hantar ke tailor.

baju ketiga, warna putih suci murni. actually baju tradisi wanita vietnam.
cam baju cheongsam labuh, dipadankan dengan seluar palazo.
nie encik z hadiahkan kat aku masa kitorang gi honeymoon ke hanoi vientam bulan januari hari tu. see see.. yang nie pun bapak lama aku simpan kan…

so, itulah dia…. 3 helai baju raya aku tahun nie.
dari 3 negara yang berbeda. indonesia, thailand & vietnam. unik kan kan kan..
sila kata unik. haippp…

eh actually 4 helai baju raya aku. yang ke 4 untuk dipakai di raya ke 4 didatangkan dari malaysia. seluar beli kat miss read.
blouse satu beli kat butikceera. satu lagi beli kat noor arfa batik.
taktau lagi nak pakai yang mana raya ke 4. :p

tak sabar mau raya raya rayaaa… hu huuuuuuuuu…

16 thoughts on “Baju Raya Dari 3 Negara :-P

  1. opsss… tak tau lak mya dah 4 thn beraya tanpa suami.. erm, kena baca blk entry lama nih..

    neway, selamat hari raya aidilfitri utk mya & cute yaya.. semoga berbahagia selalu..

    bj raya tu mmg lain mcm.. kalo ada sesape yg nak gi obersi lagi, mekchu pun nak kirim barang selai dua 😉

  2. amboiii mya… bj ry awak dari obersee sumer.. hehehhe.. cantik2..

    Selamat Hari Ry! Maaf Zahir & Batin

    • he he.. sekali sekala maa…
      selamat hari raya n maaf zahir batin utk awk jugak aida..
      kirim salam semua ek..

Comments are closed.