Antara Yang Hadir…

wajah selepas bergelar suami isteri.
ecehh cehh cehhh…
motipp ko beliakkan mata encik z???

3 beranak.
encik z, sila jaga yaya seperti anak kandung sendiri ya.
yaya, sila anggap ayah seperti ayah kandung juga ya
. macamlah anak haku baca blog nie kan..
tapi dia tau facebook tau uolls.
every time nak snap snap gambar je kan.. mesti dia cakap ‘mommy tu nak letak kat facebook la tu’. heeee…

encik z, welcome tu keluarga puan normah.
kecik je kan family aku. tunggu adil nikah plak la bagi meriah meriah sikit.
tak sabar oh nak arrange percutian keluarga..
tapi tahun nie cam tak sempat kot. tahun depan la gamaknya.

together-gether dengan family encik z plak.
yang berdiri perempuan tu, belah kanan sekalik,  kakak encik z.
lagi 6 orang tu adik-adik perempuannya. 2 orang kembar.
yer anak-anak, encik z ada 10 orang adik beradik. uolls adoo???

dengan kakdill, kaktin, aah & fay.

nana, sheena, shida, fay & netty.

hasinah dan suami.  abang nuar & kak as.
abang nuar ngan kak as dah macam nak menikah sama jer gayanya.. hehe..

payiet & jocko.  banyak jasa dema nie kat aku.
sebab aku berjimat banyak ohhh tang photographer.
diorang snap gambar free of charge je..
tq guys… murah rejeki korang pasni ek..

terbaik antara yang terbaik.
ernie, nurin, nida… me love u my girlfriends!! muahsss…

nikolas yang tertinggal kapal nak bergambar ramai-ramai.
so kita bergambar berdua cukup.
tapi encik z sudah warning, after this no more snap gambar berdua2 dah dengan lelaki…
errrrr… errrr…. tapi dengan artis boleh kot? shahredza minhat? errr errr…. :p

dan yang paling tak sangka.  ceera & ciput datang jugak oh.
masa memula aku nampak si ceera nie kan, aku cam ek eh sapa minah nie.
tak kenal pun.  aku jemput dia ke? ke kawan encik z? begitu.
pastu tengok dia sengih dengan gigi dia yang kecik-kecik tu, laaaa si ceeramoon bukan sailoormoon rupanya…

dik, lawa bebenauuu ko bertudung dik oiii… suwit muwit gitu…
sampai ada member akak tergoda okkk…
dia kata ‘lawanya member ko si ceera tu!’

well…. kawan-kawan aku semua lawa-lawa oh…
tapi aku tak memilih yer uolls… kebetulan memang semua kawan-kawan aku lawa-lawa… hik hikk…

pada semua manusia-manusia di atas.  terima kasih sebab sudi attend hari pernikahan saya ittew.

sangat-sangat menghargainya… 🙂
actually ada gak la yang lain. tapi kengkawan dan sedara mara encik z.
koserrr la aku nak letak gambar. boleh? muehhehehehe…

dan pada yang tak dijemput, jangan la berkecik hati.
mak tak de bajet nak jemput ramai-ramai noksss…