Waka Waka Ek Eh. Waka Eh Eh Eh

saya balik ke taiping 2 minggu berturut-turut.
sekali sebelum puasa bersama encik z.
sekali lagi minggu lepas semasa puasa dengan adil, adik lelaki kandung saya.
eh eh. macam tak kena bunyinya. asal faham sudah lah yer.

tapi entry ini berkisar tentang cerita minggu lepas.
saya agak malas untuk berkata-kata.
lagi pula saya sedang menanam azam untuk kurangkan membebel sempena di bulan puasa yang mulia ini.

gambar 1. di klinik. mama sakit perut lalu saya dan adil membawa mama ke klinik. 2 orang cucu mama memekik-mekik nak ikut sama, jadi bawa.
kaklong tak ikut kerana masih berada di dalam bilik mandi.


: : 2 orang anak saudara dalam percubaan mengepau ayah chu tapi menggagal : :

sebelum kami ke klinik, dapat panggilan telefon dari maklong.
cucunya yang bernama shakira waka waka sudah jatuh tersembam di simen.
kulit kepala adalah terkoyak lalu berdarah tidak henti.
ambulans berkejar dari hospital taiping ke semanggol. kemudian ke hospital taiping semula.
alhamdulillah tiada apa-apa yang seriyus.

gambar 2. shakira waka waka. anak hasil campuran melayu + filipina.
kasihan kamu. sudah lah ibu bapa jauh nun di arab saudi sana. haishh..

hari ahad berjalan-jalan bersama singer menawan keluarga bahagia.
ke tesco.

gambar 3. caca yang sudah pandai menyanyi.
waka waka ek eh. waka eh eh eh eh (sila lagukan versi shakira)

dan juga gambar ke 4 masih caca.

eh gambar ke 5 masih lagi caca.

ada 3 entries lagi kisah di taiping.
akan cuba saya up kan sepantas mungkin.
jangan ke mana-mana.

4 thoughts on “Waka Waka Ek Eh. Waka Eh Eh Eh

Comments are closed.