Tayar Yang Cacat

korang tau tak tayar spare rupanya lebih kecik dari tayar biasa?
aku taktau. baruuuu je tau bebaru nie sebab tayar myavi aku pancit.
so encik z tukar guna tayar spare. uisshh cacat sebelah ko.

: : tayar spare : :

: : bukan tayar spare : :

terus capik myavi aku dibuatnya.
2 hari jugak la myavi aku bercapik sebab tak sempat mau tukar kan..
so hari sabtu sebelum gi melawat baby nur’ ain shah, pepagi baru kitorang gi kedai tayar.

: : encik z sedang berbincang harga dengan tokey kedai tayar : :

tapi standard la lelaki nie tang bincang tawar menawar memang selalu menggagal. so terpaksa la aku jugak amik alih.
lepas pong pang pong pang bagai.. ok mendapat kata muktamad.
aku suka mamat cina nie sebab dia bukan jenis mendesak memujuk memaksa ke.
dia bagi cadangan tayar gitu gini, so kita decide nak yang mana.

nak jadi cerita, boleh plak pastu tokey nie kata myavi aku punya absorber leaking? pastu besi dalam tayar bengkok la apa la..
ada la dia explain terma-termanya tapi aku tak hengat.
so nak tanak kena tukar gak la kan…
kalau tak, merbahaya nanti…
inilah harga yang diperlu bayar bila ada kereta.. sob sob…

sesambil tokey tu buat kerja dia, aku dok belek rim rim yang ada.
sempat gak tokey tu tanya, amoi rim takmo tukar ka?
haisyooo tokey. bayar kereta tiap-tiap bulan + maintenance pun dah berpeluh-peluh ketiak haku.
nie nak tukar rim apa plak. idok lerrrr buat masa nie.

gitu gini gitu gini, kerja pun siap.
keseluruhan bill RM690. pitam uolllsssssss…..

14 thoughts on “Tayar Yang Cacat

  1. myvi capik?? hahahaha kelakar pulak.. dorang tu alang2 beli keta baru, bg la tayar yg sama saiz kan.. nnti angkat rim pulak.. baru lah malatop.. asyik tuan je nak cantik.. ecehhh

  2. yerla kena kecik uolls tayar spare itu, sebabnya kemungkinan berlaku eksiden yg menyebabkan kereta remuk la katakan di bahagian tayar itu, so if tayar sama saiz cannot fit in laaa since kereta still boleh jalan. thats y dinasihatkan tayar spare kecik lagipun tayar spare jer kan, harusla ko kena tukar pastu…

    akak tukar tayar lagi pitam uollsss huhuhu

  3. klu de kete mmg kne salu stenbai wit ek…huuuu
    eh cane nk wat komen n reply cam dlm blog ko nih??? sile bgtau cr2 nyer bleh??? heeeeeeeeee

Comments are closed.