Sang Mantan

peristiwa nie terjadi dah lebih 2 minggu sudah.
lama kan. dengan ini, anugerah entry paling basi jatuh kepada mayah sopiah. huhuu..

majlis perpisahan diadakan khas untuk our mantan CEO.
dan jua mantan PA kepada CEO.
wahh cam best je sebut mantan kan. teringat plak lagu nidji sang mantan tu.. hehe..

AGBI & kak shida dua-dua pun sudah meninggalkan the company.
untuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. gitu..

majlis diadakan di lanai sana lepas maghrib.
dipendekkan cerita, majlis pun bermula…

our table. eh, tapi remember dengan nicole duduk table lain.
sibuk menyelit masa nak bergambar. heh.
ok remember memang menyibuk, tapi nicole kitorang ajak.
staff baru maa.. first day report duty terus dapat makan-makan.. 🙂

tema malam tu black and white.
tapi ada gak yang tak ikut tema. belasah je la. janji datang kann..


: : sengal : :

ketibaan our lovely mantan CEO.

diteruskan dengan ucapan oleh JM.
dan kemudian ucapan oleh AGBI.

pastu buat tayangan gambar dan ucapan dari kami semua untuk AGBI & kak shida. tapi malangnya malam tu kak shida ada emergency so tak dapat datang.
salam perpisahan dari kejauhan je la kak ek..
cehh ceh.. macam la tak boleh jumpa lagi kan.. hihi..


: : tengah kusyuk nonton video perpisahan : :


: : the giant card for AGBI from us the company : :

masa yang ditunggu-tunggu.
makan time!!
makanan adalah banyak lalu wajib melahap.
ada kambing yang setapppp ohh…

time to say good bye….

bertemu dan berpisah adat manusia biasa
hilang di mata tapi di hati tidak lupa
berdoa lah kita agar aman dan sentosa
moga bertemu pula kita di lain masa……..

to both of u, congratulations and all the best di tempat baru..
kak shida, saya pasti akan amat merindui kakak…
lepas kakak pergi, kerja saya melambak ohhh… tsktsktsk…

P/S : apa mungkin kita.. temu kebahagiaan… dalam perpisahan… 🙂

6 thoughts on “Sang Mantan

Comments are closed.