Putar Jilat Celup

beli 2 bungkus biskut oreo, dapat satu bekas berbentuk biskut oreo.
jadi bila beli 4 bungkus biskut oreo, dapat lah dua bekas berbentuk biskut oreo.
jika beli 6 bungkus biskut oreo, dapatlah tiga bekas berbentuk biskut oreo.
dan begitulah seterusnya.

2 bungkus dilanting pada yaya & caca.
lagi 2 bungkus ditinggal di depan saya.
tetapi malangnya, saya cuma dapat merasa beberapa keping sahaja.
yang lain-lain telah selamat dingap oleh rakan sekerja saya.
saya mula sangsi adakah mereka manusia atau ikan pirana jadian.

entry ini dipanggil entry pengaruh rakan sebaya.
ini kerana saya bermotivasi untuk membeli biskut-biskut di atas setelah dipengaruh oleh DIA & DIA.

jom putar jilat dan celup. selepas jam 7.30 malam nanti.
dan oh yer, kisah pirana ini berlaku sebelum puasa.
terima kasih.

4 thoughts on “Putar Jilat Celup

Comments are closed.