Perasankah Anda?

perasankah anda sudah satu minggu 2 hari belog ini tidak memaparkan gambar-gambar dari kamera kompak?

perasankah anda semenjak satu minggu 2 hari yang lepas belog ini cuma memaparkan gambar-gambar dari handphone, gambar dicuri dari belog orang lain dan gambar yang di link dari facebook? perasankah anda?

jika perasan, anda memang seorang pemerhati yang hebat.
jika tidak perasan, tidak apa-apa kerana ianya tidak akan mengakibatkan puasa anda terbatal.

sebenarnya memory card kamera saya telah rosak.
secara tiba-tiba dia terkunci sendiri. terlock. bila saya ingin meng unlocknya, bijik kecil di tepi memory card sudah tiada. sila cek memory card camera anda sekarang juga. yer sekarang! maksud saya sekarang supaya anda tidak menghadapi masalah yang sama seperti saya.

jadi, semua gambar-gambar di dalam itu tidak dapat ditransfer.
perchayalah, saya sedang berusaha mencuba sedaya upaya.
sila doakan saya berjaya.

saya mempunyai banyak cerita menarik dan tak menarik untuk dijaja di belog saya ini. yang menarik sila jadikan sempadan. yang tak menarik sila jadikan sempadan. atau the other way around. suka hati anda untuk menyusun.

baru teringat kisah di lata kijang belum watamat lagi.
ok akan membuat draft sekarang juga.

bye!

UPDATED : berjaya transfer gambar dari memory card ke netbook malam tadi.
tetapi memory card tu dah kiok kojol. dah tak boleh guna lagi.
aterrrrr dah ter lock!!! rugi betul! grrrrrr….

4 thoughts on “Perasankah Anda?

    • semalam dah berjaya transfer gambar.
      tapi memory card tu takleh digunakan lagi dah. sob sob

Comments are closed.