Malam di Lata Kijang

dalam ramai-ramai, apau sorang je yang tak tidur dalam khemah.
very the kental kan.. dia bawak sleeping bag je.
tapi tak aciiii dia ada tilam nipis. tilam wakaf. so memang empuk laaa tidur.
walhal kitorang yang lain tidur atas simen je. sob sob…

menjelang petang, uncle tong dah siap-siap masak untuk dinner.
tengok dia masak macam senang je. sap sap soiii dah siap.
cer kalau suh aku masak kayak gini, mau terbalik segala periuk belanga.
dasarrrrr…

aku plak tolong nyalakan unggun api ala-ala ni…
untuk halau nyamuk dan unggas gitu. kata duk dalam hutan kan..
takkan nak pakai ubat nyamuk lak. tak feel la noksss…

tapi sebenarnya aku eksyen je lebih. biasalah mayah sopiah ni.
gaya je. yang sebenarnya adooo…
mamat 3 orang nie yang bakar tiup api segala…
tu pun sebab masing-masing bermotiff jugak.

motif nya sebab nak bakar ubi nie.
ko letak je atas jaringan atas api. siap sedia lah terbakar nanti.

makan time!!!
over kooo siap duduk depan periuk lagi. huahuahua…
kata tembolok sebesar terowong. duduk dalam hutan sejuk-sejuk, lagi la melapar tahap naga.
hidangan adalah best dan menyelerakan. makan makannn…

inilah dia ubi rebus tadi.
luaran macam telur masin je kan…

di dalam isi nya… uiiiiii…. oren kalernya.
menyelerakan bukan?

sebelum tidur, uncle tong jamu kami dengan ubi rebus dimakan bersama barli.
uishhh seriyusss layannnnn ohh….

lepas makan, aku terus menyelinap masuk dalam khemah.
ai satu khemah dengan suami ai, uuu… sukerrrr…
boleh la tidur peluk-peluk dalam khemah. awwww….

tapi encik z masuk tidur lambat.
dia joint budak-budak berkamera semua terai amik gambar malam.
amik gambar langit lah, bulan la, pokok laa.
aku tak minat, so ada aku kisah? muehhehee…
dipaparkan dua gambar yang berkaitan.

selamat malam lata kijang! 🙂

10 thoughts on “Malam di Lata Kijang

  1. khemah sape yg kaler putih tu.. trensperen la plk.. camne nk bukak2 baju (kalau nk tukau baju dlm khemah la..) hehehe

  2. time camnie masak cincai2 campak2 pun dah kira paling sodap kan…perhh ubi cicah ngan kelapa muda gaul garam sket..wallaaa sodapnya 😉

  3. kami lebih layan ubi rebus makan ngan kelapa.. nyum nyum..

    eh, kami ada sleeping bag.. ingat dak hangpa yg temankan kami pegi beli.. kalo mau pinjam len kali buleh meh

Comments are closed.