Mak Neng Dah Tua Nak…

ok sambung kisah lata kijang.
lepas seberang sungai nun, bermula lah episod jungle trekking.
tapi sebelum sampai ke dalam hutan, kena menapak naik tangga yang bapakkkk tinggi oiiii…
aku ingat ada sama macam tinggi tangga batu caves tu.
cehh macam la aku penah panjat batu caves tu.
tapi aku rasa yer lah. sebab panjat punya panjat, tak gak sampai-sampai…


: : memula muka ada semangatt jugak : :

beberapa langkah pastu, terus kepala mak pening nokssss…
berputar-putar dunia rasanya.
terus muntah kooo…
breakfast pagi tu makan roti dengan sardin tak silap, semua terhambur keluar.
gemparrrr…
nasib baik yang lain semua dah kat depan.
belakang aku cuma apau je. depan sikit kat aku encik z. huhu.

hamboiiiii kemain korang gelakkan aku yer…
kurang-kurang aku sampai jugak dalam hutan belantara gini.
ko adoo?? kalau adoo bagus. kalau takdo, sila duduk diam-diam.
emosi nih. emosi.
sepanjang jalan nak menuju puncak tu, berapa kali aku stop takdapat nak kira ah. jalan sikit stop. jalan sikit stop.
kaki sakit, keting sakit. belakang sakit. kepala sakit.
pendek kata satu badan la sakit.

lawa kan semut-semut nie. tersusun berbaris je bergerak bersama.
very the bersatu hati berkerjasama.
<<–tetiba encik z bertazkirah.
motipp sama kan aku dengan semut? h e h.

setiap satu spot aku stop, encik z snap gambar.
sampai dia tak larat dah. kui kui kui..
seriyusss ok aku rasa nak patah balik jer.
tapi rasa tak baik jugak. sebab apau pun akan patah balik jugak.
ye la, dia bertanggungjawab untuk ekspedisi nie.
kena la pastikan keselamatan semua orang terjamin.

encik z up lagi.. come on normaya.. u can do it..
kalau tak sampai nanti, apa awak nak tulis kat blog?
haaa nanti dikeji lagi oleh pihak lawan..

wah tak agak-agak encik z provoke aku kann..
aku pantangggg dengar nama pihak lawan nie..
dan dan terus semangatttt.. melangkah gak la selow-selow.
yang lain dah jauh ke atas…
eh tapi jocko pun slow jugak. depan sikit je dari haku. ekekkeke…

soalannya… sampaikah aku ke tempat yang ingin dituju?
atau aku terdampar di tengah jalan?
atau memang betul aku patah balik bersama apau?

kita nantikan jawapannya sebentar lagi. zassssss… layannnn….

4 thoughts on “Mak Neng Dah Tua Nak…

  1. x sabar lak nk tggu next entry.. mcm suspen je.. smpai ke tak?? dah byk kali sgt berenti tu.. ntah2 bila smpai je org lain dah start turun.. hahaha.. cpt smbung cerita okey..

Comments are closed.